You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Filem Aksi Muzikal Komedi Gangsterock Arahan Pertama Soffi Jikan

Filem Aksi Muzikal Komedi Gangsterock Arahan Pertama Soffi Jikan

Sidang Media Filem Aksi Komedi Gangsterock
Filem aksi muzikal komedi “Gangsterock” terbitan YKS Film Maker Sdn Bhd yang bekerjasama dengan 1 Man Film akan mula ditayangkan pada 17 Julai, 2015.

Ianya telah menelan belanja sebanyak RM1.5 juta ini, dikonsepsikan, ditulis, diskrip dan diarah oleh pelakon berpengalaman dan berkaliber Soffi Jikan, yang juga memegang watak utama.

Turut menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Khir Rahman, Izara Aishah, Saiful Apek and Sharifah Amani.

Menurut Soffi,

Agak sukar baginya untuk meyakinkan pelakon utama untuk menerima tawaran dalam filem pertama arahannya ini, walaupun beliau pernah mengarahkan beberapa filem pendek dan telemovie sebelum ini.

Apabila majoriti artis utama sudah bersetuju, mereka teruskan dengan penggambaran yang hanya mengambil masa 22 hari sahaja di sekitar Lembah Klang.

Sidang Media Filem Aksi Komedi Gangsterock

Menurut Serina Redzuawan selaku penerbit,

Terdapat satu babak melibatkan Allahyarham Harun Salim Bachik yang tidak sempat dilakukan.

Babak tersebut kemudian dilakukan menggunakan teknik pengimejan berkomputer CGI sama seperti watak yang dibawa oleh Paul Walker dalam Filem Fast Furious.

Filem ini juga merupakan filem pertama yang beri royalti kepada pelakon-pelakon terlibat mengikut keuntungan yang diperoleh.

Filem Gangsterock ini bakal ditayangkan pada 17 Julai depan.

Sinopsis Filem Gangsterock

Ianya mengisahkan tentang Shake ( Soffi Jikan ) yang mencuba nasib menjadi bintang Rock di KL. Dia bertemu dengan Bromo ( Apek ) yang mahu membantunya.

Namun Gangster di KL yang menguasai ekonomi menggunakan cetak rompak dan kekerasan untuk menghapuskan saki baki penentangan di kalangan Rockers. Hanya dengan semangat Rockers sejati, bersatu menentang kezaliman, menjadi jalan keluar.

Mampukah Rockers bersatu?

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

One thought on “Filem Aksi Muzikal Komedi Gangsterock Arahan Pertama Soffi Jikan

Leave a Reply

Top