You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > 4 Model Kamera Terkini Diperkenalkan Oleh Nikon Malaysia

17,410,321 total views, 1,850 views today

4 Model Kamera Terkini Diperkenalkan Oleh Nikon Malaysia

Nikon Malaysia - - Nikon D5500, Nikon 1 J5, Nikon Coolpix P900 dan Coolpix S33.
Bertempat di Sunway Lagoon, Nikon Malaysia telah memperkenalkan 4 jenis kamera terkini mereka kepada rakan media dan juga blogger.

4 jenis kamera tersebut adalah – Nikon D5500, Nikon 1 J5, Nikon Coolpix P900 dan Coolpix S33.

Disini, kami berpeluang bersantai sepanjang hari sambil merasai sendiri keistimewaan yang terdapat pada kamera Digital SLR generasi terbaru dari Nikon.

Terutamanya Nikon D5500 – DSLR terkecil, ringan dan ter’slim’ didunia.

Kamera yang terdapat fungsi WiFi built-in padanya, untuk memenuhi kehendak trend media sosial masa kini.

Dimana anda boleh memuat naik gambar ke laman sosial tanpa anda perlu risau kualiti gambar akan berkurangan.

Mengenai Nikon 1 J5 pula,

Ianya merupakan kamera Nikon 1 pertama yang mempunyai skrin monitor LCD yang boleh berubah-ubah kedudukan serta mempunyai fungsi yang menyokong NFC.

Ia dilancarkan pada awal tahun ini dengan 20.8 Megapizel, Nikon 1 J5 dengan bangganya membawa gelaran :-

  1. Kelajuan terpantas didunia mengambil gambar berterusan dengan fungsi autofocus (AF) pada kadar 20 fps (frames per second)
  2. Time lag terpendek didunia sewaktu mengambil gambar, menghasilkan tangkapan terbaik dalam kadar masa yang singkat dan detik aksi terlampau.

Kami juga berpeluang untuk merasai pengalaman dengan kamera compact Nikon Coolpix.

Nikon Malaysia - Nikon D5500, Nikon 1 J5, Nikon Coolpix P900 dan Coolpix S33.

Coolpix P900 – kamera yang mencabar batasan high-powered zoom photography bagi kamera compact.

Mengabungkan teknologi dan design yang inovatif, Nikon menawarkan prestasi kejuruteraan telephoto superior dengan 83x optical zoom.

Dengan 16.1 megapixel dan teknologi Dual Dectect Optical VR meningkatkan pretasi terbaik super-telephoto dalam sejarah siri Nikon Coolpix.

Ia membolehkan jurugambar mengambil gambar pada jarak jauh dari subjek tanpa mengurangkan kualiti pada gambar yang diambil.

Nikon Malaysia - Nikon D5500, Nikon 1 J5, Nikon Coolpix P900 dan Coolpix S33

Berbeza pula dengan Nikon Coolpix S33,

Ianya dihasilkan untuk kalis air, anti gegaran dan pada situasi kalis habuk menjadikan ianya kamera paling sempurna untuk mengambil gambar berjam-jam bersama keluarga secara outdoor tanpa perlu risau pada perubahan cuaca.

Kamera 13.2 megapixel dengan 3x optical zoom dan 6x Dynamic Fine Zoom untuk memastikan kualiti gambar berada ditaraf tertinggi.

Yang menariknya, Nikon Coolpix S33 mampu mengesan muka seseorang bila berada didalam air dan secara automatiknya mengambil gambar. Membolehkan kita mengabadikan kenangan berharga sewaktu berada didalam air.

Kamera ini, hadir dengan design yang menarik untuk mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil, membolehkan mereka bersiap sedia mengabadikan aksi anak mereka ketika bersama keluarga pada harga berpatutan.

Keempat-empat model ini boleh didapati dari pengedar rasmi Nikon .

Anda juga boleh merasai pengalaman menggunakan kamera ini di Nikon Sentre yang terletak di Berjaya Times Square.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

9 thoughts on “4 Model Kamera Terkini Diperkenalkan Oleh Nikon Malaysia

  1. Seakan jadi trend juga manufacturer kamera sekarang buat skrin boleh laras.

    nampak smart.. Apa yang pasti, melalui pemerhatian, nikon better daripada canon.hehe

Leave a Reply

Top