April 19, 2024

Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger 2015 & Yeo’s Kini Dibuka

Banner Sepetang Bersama Blogger 2015
Denaihati Network Sdn Bhd akan menganjurkan majlis Sepetang Bersama Blogger untuk kali yang ke 4 pada tahun ini.

SBB2015 ini akan diadakan di Taman Cabaran, Precint 5, Putrajaya pada 13 Jun 2015, bermula jam 8.00 pagi.

Sama seperti tahun sebelumnya, pihak Denaihati Network telah berkerjasama dengan Yeo’s Malaysia sebagai penaja utama SBB2015.

Buat masa kini,

Pihak The Sumbs, eQurban Resources Sdn Bhd, Jam Tawaf Denaihati, Karangkraf dan Perbadanan Putrajaya telah sudi untuk sama-sama menjayakan Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini.

Sekiranya ada mana-mana syarikat yang ingin menaja majlis ini, anda boleh hubungi pihak Denaihati Network untuk maklumat lanjut.

Denaihati Umum Sepetang Bersama Blogger 2015

Nampak tak kesungguhan saudara Denaihati menerangkan serba sedikit tentang Sepetang Bersama Blogger 2015. Fokus pada latar belakang dia.

Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015

Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 kali ini akan membawakan sedikit kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya dimana majlis ini akan diadakan dengan aktiviti di luar dewan.

Ianya akan bermula jam 8.00 pagi dan terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi untuk acara Blogger Treasure Hunt dan sesi petang acara Blogger Sharing Session.

Acara treasure hunt dengan pelbagai aktiviti menarik akan diadakan.

Hadiah berjumlah tunai RM5000 akan disediakan untuk peserta yang menyertai treasure hunt ini. Selain itu, terdapat hadiah-hadiah lain seperti iPhone 6, Samsung Note Edge dan pelbagai lagi hadiah lain menanti para peserta yang menyertai SBBYEOS2015 pada tahun ini.

Pihak Yeo’s juga akan menganjurkan Yeo’s Sitkom Blog Kontes untuk memeriahkan majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015. Kontes yang menawarkan hadiah GoPro Hero 4 sebanyak 3 unit untuk 3 pemenang.

Nantikan pengumuman kontes ini daripada pihak penganjur.

Hashtag rasmi adalah #SBBYEOS2015 #DenaihatiNetwork #BloggerEvent.

Majlis Pengumuman Tarikh Rasmi Sepetang Bersama Blogger 2015

Antara rakan blogger dan penaja yang hadir ke Majlis Pengumuman Rasmi Tarikh Sepetang Bersama Blogger 2015

Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger 2015 Kini Dibuka

Pendaftaran untuk Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 akan dibuka mulai hari ini dan para peserta yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan melayari halaman rasmi SBB di www.sbb.my.

Yuran sebanyak RM30 dikenakan kepada setiap peserta. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh ajukan kepada mana-mana team Denaihati atau email terus ke admin@denaihati.com

Jumpa anda disana….!!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger 2015 & Yeo’s Kini Dibuka

  1. Nampaknya dah ada tarikh rasmi SBB 2015… good luck kepada team denaihati selaku penganjur dan penaja2 yang turut mengambil bahagian..

  2. powerbank kena cas secukupnya ni nampaknya..tak pun kena beli lagi satu spare..wohoo..dijangka pengunaan phone akan berlebihan..aahhaa

Leave a Reply to hasrul hassan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *