You are here
Home > Bersama BroFramestone > Service Laptop di Kedai Komputer Print Comp, Bandar Tasik Puteri, Rawang

Service Laptop di Kedai Komputer Print Comp, Bandar Tasik Puteri, Rawang

Owner Print Comp Green Valley, Bandar Tasik Puteri, Rawang
Baru-baru ini, laptop yang Bro gunakan gagal berfungsi tiba-tiba sewaktu Bro tengah prepare proposal dan report untuk klient.

Rasa nak menangis dan kemurungan bila teringat ada banyak file dan dokumen tidak mempunyai backup.

Paling sedih, bila yang tiada backup itu wujud memenuhi ruang desktop seluas-luas alam (kalau boleh). Sebab kebanyakannya sedang Bro usahakan, backup hanya dibuat sebulan sekali atau sekiranya kerja selesai.

Memang terkedu Bro seketika.

Amik handphone dan msj semua klient yang terlibat.

Paling kecewa bila gagal submit soal selidik bagi penyelidikan seorang teman di luar negara. Paling kecewa bila pandang wajah isteri dan hati berkata, nampaknya macam xde duit masuk je dalam masa terdekat nie.

Bro up status di laman facebook.

Bukan niat nak raih simpati atau nak mengadu apa-apa. Sekali ada kenalan di facebook (yang Bro baru tahu duduk berdekatan dengan taman Bro duduk sekarang) bagitau, ada kedai laptop berdekatan dan servis mereka terbaik.

Maka Bro siap-siap keluar rumah cari kedainya

Kedai Komputer Print Comp
14, Jalan Hijau 5/2 Bandar Tasik Puteri

No Tel : 012-571 1799
Waktu Operasi : 11:30 am – 10:00 pm

Owner dia memang peramah dan beliau merupakan orang utara. Sembang dengan dia macam sembang dengan rakan sekampung pula.

Alhamdulillah, beliau dapat selamatkan semua data dari dalam laptop Bro (tapi kena check balik, kot2 ada yang terhilang he..23x)

Terima kasih Bro ucapkan.

Bicara Bro : Maaf, sebab amik lewat. Kalau ikutkan sehari dah siap dah sebab dia tahu Bro nak pakai urgent.

Cuma malam itu, Bro tiada dirumah. Keluar ke Kuala Lumpur untuk buat kerja amal. Dekati dunia realiti dan tak perlu hadap laptop.

Walaupun tak dapat duit, tapi hati rasa lapang dan tenang je.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

5 thoughts on “Service Laptop di Kedai Komputer Print Comp, Bandar Tasik Puteri, Rawang

    1. Dah kena pulang balik….

      Bro mmg ada buat backup selama ini… Tapi Bro buat 2 tempat… Satu dekat external hardisk, satu dekat drive D.

      Tapi bila sibuk, kadang-kadang kita lupa…..

  1. Cayalah.. Pak Ku masuk blog Bro Framestone!!!
    Suka dgn cara Pak Ku yg mesra, telus dan terus terang dgn pelanggan. Semoga bisnes Printcomp terus maju dan sukses!!.. 🙂 🙂

  2. kalau hilang data semua.. mahu menangis. dibuatnya… biasa repair sendiri jer laptop komp kalau ada rosak… paling tak pun beli baru jer…

Leave a Reply

Top