You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > Pengalaman Edar Kari Ayam Buat Gelandangan di Kuala Lumpur

17,287,362 total views, 3,033 views today

Pengalaman Edar Kari Ayam Buat Gelandangan di Kuala Lumpur

Feed The Homeless - Projek Gelandangan Kuala Lumpur
Ini merupakan pertama kali Bro terlibat dengan aktiviti sukarelawan yang melibatkan golongan geladangan di Kuala Lumpur.

Selalu terbaca di blog Iena Eliena tentang aktiviti beliau setiap minggu, memberi makanan kepada golongan ini. Lalu membuka pintu hati Bro untuk mendekati dan melakukan sesuatu untuk mereka.

Walaupun agak kekok pada mulanya.

Dapat juga Bro biasakan diri. Walaupun kebanyakan sukarelawan yang menyertainya tidak Bro kenali, tetapi komunikasi antara kami lancar dan memudahkan segala urusan yang kami lakukan.

Menu kali ini, kari ayam disajikan kepada mereka. Sungguh menyelerakan. Tapi, Bro tak merasainya. Cukup sekadar mengambil bau.

Memang berpeluh badan dibuatnya.

Aktiviti bermula seawal pukul 10 malam dan berakhir pada tengah malam. Malangnya, Bro kena pulang awal, kena nak kejar train (risau train xde).

Yang pasti, tiada apa-apa syarat untuk jadi sukarelawan. Hanya perlu datang sahaja, dengar briefing sedikit sebelum melakukan kerja.

Mudah bukan.

Tapi kena ingat, kita bantu mereka bukan sebab nak kan balasan. Biarlah kerana Allah SWT.

Malam itu, Bro rasa hati sangat tenang. Tenang sangat, rasa penat itu hilang bila lihat ada yang tersenyum dan ada yang mengucapkan terima kasih.

Bicara Bro : Bro tak pasti ada yang title, Datuk Datin dalam golongan sukarelawan ini. Bukan boleh bawa mati title-title ini. Yang Bro nampak, masing-masing seronok melakukan kerja sukarelawan ini.

Bro pandang langit. Ini rupanya langit waktu malam di Kuala Lumpur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “Pengalaman Edar Kari Ayam Buat Gelandangan di Kuala Lumpur

  1. saya masa bujang dulu teringin nak join aktiviti sukarelawan macam ni.. macam2 plan. nak jadi sukarelawan zoo negara la tapi sampai sekarang masih belum berkesempatan. Nak2 sekarang dah ada anak.. Insya Allah mungkin suatu hari nanti

    1. Masa zaman u dulu, selalu juga anjurkan program sukarelawan dekat zoo negara, tapi jadual padat menyebabkan Bro tidak dapat menyertainya,

      Tapi seronok bila dapat anjurkan dan ramai orang terlibat sama.

    1. InsyaAllah mase tu akn smp
      nk join blh la g ngn iena.. iena pnh bawa member ngan anak2.. dia nk dedahkn kn anak2 kehidupan gelandangan.. so ank2 blh bljr bersyukur..bljr menghargai ape yg kita ade n blhr bersungguh2 utk bjaya.. homeless ni bnyk kisah dorang
      dorang xminta jd cmtu
      ade yg dtg kl sematA3 nk kerja tp kene tipu… dpt kje tp gaji ciput..tak mamou sewa bilik.. bulan2 hantar duit ke kg.. familly x tau kisah dorang.. mcm2 kisah ade..itu yg pernah iena interview..tp nk interview homeless kne muka2 yg selalu dorang tgk bru dorang berani luahkn masalah 🙂

  2. Thanks bro sudi Dtg
    ada masa dtg la lg.. program setiap hari khamis dan jumaat 10 mlm smp 12 mlm
    hehe memang ade datin pun bro tp dorang very low profile.. tak suke panggil datin2.. panggil kakak je..
    tu iena suke ngan dorang..
    part homeless tersenyum n ucap thanks tu paling iena suke
    rase semua penat kerja hilang sb dpt buat org hepi..

  3. Assalam,

    Maaf bertanya,
    kalau boleh Tuan dapat share dengan saya maklumat Pertubuhan atau NGO yang Tuan sertai itu. Saya bercadang untuk membawa pelajar-pelajar saya ke kawasan gelandangan atau Tuan boleh terus email saya di puisibungamerah@gmail.com

    Terima Kasih.

Leave a Reply

Top