You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Tip Untuk Memperkuatkan Aura Positif Dalam Diri Anda

Tip Untuk Memperkuatkan Aura Positif Dalam Diri Anda

Aura Positif Song Goku Dragon Ball
Bukan senang nak memperkuatkan aura positif dalam diri dizaman yang serba moden bila smartphone sentiasa kemas melekat ditapak tangan.

Mata pula dok ralik menghadap walaupun waktu itu tengah berjalan. Kiri kanan tak sedar siapa yang berselisih bahu.

Memudahkan anda menjadi sasaran mangsa samun.

Ok, abaikan tentang isu “mangsa samun” nanti wujud pula aura negatif pada diri anda sebelum habis membaca artikle yang Bro karang ini.

Aura “Super Saiya” Dalam Diri

Kalau ikutkan, dalam diri kita ada aura yang seakan-akan “Super Saiya” (Kalau tak minat Dragon Ball mesti tak tahu apa benda ini). Cuma ianya bukan aura “Super Saiya”.

Aura merupakan sebuah tenaga daya tarik yang berada didalam diri manusia, ia bagaikan medan elektromagnetik yang mengelilingi tubuh manusia (Human Energy Field – HEF) untuk menarik setiap tenaga yang ada disekitarnya, seperti magnet yang menarik besi.

Aura yang berada didalam tubuh manusia itu bersifat mudah berubah dan tidak tetap. Ada yang berubah mengikut emosi anda dan ada yang berubah mengikut perubahan sekeliling anda.

Kadangkala dimana anda berada, dengan siapa anda bersama mampu mempengaruhi aura yang ada dalam diri anda.

jika Anda ingin aura yang berada didalam tubuh Anda selalu kuat dan tidak melemah, Anda harus menjaganya.

Aura Positif dan Negatif Dalam Diri

Mungkin anda sudah sedia maklum,

Dimana didalam tubuh kita terdapat dua jenis tenaga aura yang satu sama lain saling mempengaruhi, iaitu aura positif dan aura negatif.

Ketika anda melakukan sesuatu perbuatan yang baik dan mulia, ia mampu memancarkan pancaran aura positif anda, maka anda juga akan mampu menghilangkan aura negatif yang ada didalam diri anda.

Selain itu, ketika pancaran aura positif anda sedang meningkat atau terbuka, maka anda pula mampu menyampaikan aura positif kepada orang lain dan mengurangkan aura negatif pada diri mereka.

Memperkuat Aura Positif Dalam Diri

Bukan mudah untuk memperkuat aura positif yang ada didalam diri kita, tetapi ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan.

Berikut merupakan cara memperkuat Aura Positif dan membuang Aura Negatif:

  1. Jalani kehidupan yang sihat
  2. Berikan senyuman kepada orang lain.
  3. Jangan berprasangka buruk
  4. Hilangkan segala macam bentuk penyakit hati( dendam, benci, iri,dll)
  5. Jangan hidup dalam tekanan dan kemurungan
  6. Jadilah diri sendiri
  7. Hindari segala macam bentuk pengaruh buruk
  8. Elakkan makanan yang kurang berkhasiat
  9. Jaga gaya pergaulan
  10. Tidak mudah emosi
  11. Berpenampilan menarik, sopan, dan kemas
  12. Meningkatkan hal positif dalam diri (wawasan, pengetahuan, dan ilmu)

Dengan mengamalkan perkara diatas, maka anda akan mampu membuka dan memperkuat aura anda dengan baik.

Namun anda perlu ingat..!!!

Saat aura anda sudah terbuka, jangan sesekali melakukan tindakan yang buruk atau negatif agar aura anda tetap terjaga dan semakin kuat.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

2 thoughts on “Tip Untuk Memperkuatkan Aura Positif Dalam Diri Anda

Leave a Reply

Top