17,148,926 total views, 230 views today

Merch Neuropathy Awarenes Briefing : 26 Peratus Hadapi Kerosakan Saraf Neuropati

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Merch Neuropathy Awarenes Briefing - Kerosakan Saraf Neuropati
Merck telah menganjurkan satu taklimat untuk berkongsi mengenai kesan kerosakan saraf yang tidak dirawat, serta bagaimana gaya hidup dan aktiviti-aktiviti seharian kita yang dapat mengundang masalah ini.

Ini telah diadakan di Pusat Kovensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Doktor-doktor di sesi taklimat ini telah berkongsi mengenai langkah-langkah untuk mengenal pasti kesakitan yang disebabkan kerosakan saraf, serta pelbagai cara untuk melegakan derita neuropati.

Mereka juga menekankan pelbagai tabiat sihat untuk mengelakkan atau mengurangkan kerosakan saraf.

Merch - Kerosakan Saraf Neuropati

26% Menghadapi Kerosakan Saraf

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Merch di Lembah Klang pada tahun lepas, satu dari dua subjek yang berumur 21 tahun dan ke atas menunjukkan tanda-tanda kerosakan saraf seperti kesemutan, kesakitan mencucuk, rasa kebas dan sensasi terbakar pada anggota badan mereka.

Selain itu, pemeriksaan saraf yang dijalankan ke atas lebih 13,000 individu di seluruh negara pada tahun lepas juga menunjukan 27% daripada mereka berada di pinggir diagnosis neuropati, manakala 26% daripada mereka didapati menghadapi kerosakan saraf.

Kebanyakan peserta tinjuan tersebut menyangka kesakitan serta keridakselesaan yang dirasai berpunca daripada tekanan yang berkaitan dengan gaya hidup atau pekerjaan mereka.

Bagaimanapun, mereka tidak sedar bahawa mereka mungkin sedang menderita neuropati, iaitu kerosakan saraf.

Neuropati yang menjejaskan saraf kita berpunca daripada pelbagai faktor termasuk genetik, penuaaan, masalah metabolisme, trauma fizikal, jangkitan, nutrisi tidak seimbang, gaya hidup, serta diabetes yang merupakan punca biasa kerosakan saraf.

Faktor-faktor lain termasuk kekurangan vitamin-vitamin B, amalan merokok, pengambilan minuman keras, pendedahan kepada toksin serta pelbagai penyakit yang menyebabkan keradangan saraf yang kronik.

Simptom-simptom kerosakan saraf termasuk kesemutan dan rasa kebas pada tangan atau kaki, yang seterusnya menyebabkan keadaan sensitif terhadap sentuhan, kesakitan yang pedih atau mencucuk, kesukaran merasai panas atau sejuk, serta kehilangan sensasi.

Merch - Kerosakan Saraf Neuropati

Gaya Hidup yang Merosakkan Saraf

Sebenarnya, kita semua berdepan risiko kerosakan saraf kerana gaya hidup serta aktiviti-aktiviti seharian kita dapat meningkatkan faktor-faktor risikonya.

Terdapat banyak punca gaya hidup seharian kita yang dapat meningkatkan risiko kerosakan saraf, misalnya duduk terlalu lama di pejabat, atau terperangkap terlalu lama dalam kesesakan lalu lintas. Aktiviti-aktiviti berulangan seperti menaip dan memasak juga mampu menyebabkan kerosakan saraf.

Tambahan pula, postur yang tidak betul, pakaian yang terlalu ketat, serta kegemukan juga dapat menyebabkan tekanan pada saraf.

Kebiasaannya, penghidap diabetes lebih sedar akan risiko kerosakan saraf kerana paras gula yang tinggi dalam darah mereka mampu merosakkan saraf.

Tetapi, mereka yang tidak menghidap diabetes cenderung memandang enteng kesakitan yang dialami kerana ia tidak menjejaskan kehidupan mereka secara signifikan.

Merch - Kerosakan Saraf Neuropati

Merch - Kerosakan Saraf Neuropati

Kepentingan vitamin-vitamin B

Perkara yang terpenting dalam penjagaan kesihatan saraf adalah pengambilan vitamin-vitamin neurotropik, yakni vitamin, B1, B6 dan B12, yang penting untuk mengekalkan kesihatan saraf serta berfungsi secara kolektif untuk merawat atau memperlahankan neuropati.

Vitamin-vitamin B menyihatkan dan melindungi sel-sel saraf, sekaligus mempertingkatkan fungsi sel-sel tersebut dan melegakan kesakitan. Vitamin B1 menguatkan saraf dan berfungsi sebagai sumber tenaga bagi saraf, manakala vitamin B6 menggalakkan penghantaran impuls saraf dan membantu melegakan kesakitan.

Vitamin B12 pula dapat memulihkan saraf dan mengelakkan sel-sel saraf daripada rosak dan amat penting untuk kesihatan saraf keseluruhan.

Menerusi penerapan kesedaran mengenai kepentingan kombinasi vitamin B1, B6 dan B12, Merck membantu rakyat Malaysia melangkah ke arah kehidupan tanpa kesakitan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment