April 25, 2024

4 Punca Kawan Yang Lama Menghilang Menyepi Cari Kita Semula

Jejaka Blogger Idaman Malaya
Anda kadangkala terkejut bila kawan lama anda yang selama ini menyepi atau menghilangkan diri tiba-tiba cari dan hubungi anda.

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa mereka tiba-tiba menghubungi anda. Disini Bro kongsikan beberapa sebab mereka berbuat sedemikian.

Penafian : Gambar diatas adalah hiasan semata-mata.

4 Punca Kawan Lama Hubungi Anda Semula

1- Nak Jemput Kahwin

Ini selalu juga terjadi.

Bukan apa, risau bila kita tahu dia dah kahwin, kita akan buat ayat macam ini, “Kahwin tak ajak, sentap aku”. Lagipun waktu kahwinlah, baru dapat berjumpa kawan sekolah, kawan universiti, kawan kem itu ini, kawan maya etc.

Dalam masa yang sama, nak bagi crush mereka berputus asa he..23x

2- Nak pinjam duit

Ada golongan yang malu gila nak pinjam duit dengan orang yang rapat sangat dengan dorang (maybe sebab dah selalu sangat kot)

Maka, mereka mencari mangsa baru yakni orang yang dia kenal, tapi dah tak rapat dah.

Sekurang-kurangnya, bila korang nak tuntut hutang korang sendiri pun tak tahu dia dah ke mana entah. Kira burn gitew je la.

3- Nak Tahu Status Anda

Dah lama tak berhubung, maka mereka nak tahu status terkini anda. Makin cantik ke, makin kurus ke, makin hot diva ke.

Paling penting, nak tahu anda sudah berkahwin ke, single ke, menduda menjanda ke. Kot-kot boleh try.

Kalau tak jadi pasangan hidup, jadi skandal pun ok.

4- Nak Ajak Join MLM

Bro rasa, point yang ke-4 ini memang tidak dapat dinafikan, walaupun mereka menafikan sekeras-kerasnya apa yang mereka buat bukan MLM.

Dah kena banyak kali.

Now, kalau ada yang ajak keluar. Memang akan cakap macam nie, “Mengeteh boleh, MLM aku tak mau”.

Bicara Bro : Kadangkala perlu bersangka baik pada rakan-rakan anda yang lama menghilang.

Mungkin mereka ingin meminta maaf, Mungkin juga nak settlekan hutang. Mungkin juga nak jelaskan kenapa mereka menghilangkan / menjauhkan diri. Mungkin terasa dengan korang.

Dan mungkin juga mereka tahu, mereka dah tak lama dah. Yup, ada kebenarannya disitu dan Bro dah jumpa dengan mereka sebelum mereka pergi. Al-Fatihah

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “4 Punca Kawan Yang Lama Menghilang Menyepi Cari Kita Semula

  1. paling kerap no.4. soalan pertama je dh tanya, skang keje mana? gaji bape? ekkk…

    dulu lg la.. ada best pren ni.. walaupun duduk dekat-dekat tapi jarang jumpa.. sekali tu, tup tup call kata dah lama x jumpa nak ajak mkn2.. kite ni ingat dia rindu la kat kite.. sekali amik kau.. lps banje mkn.. dia bawa kite pegi jmpa leader dia.. phui… amik kau.. siap tahan2 kite paksa2 kite amik skim tak kaya-kaya dia tu.. phuii sgt…

    eh eh.. terpanjang plak komen ni.. kuangkuanggg… #pengalaman

    ada yg dh block tapi pandai dia carik kite balik.. hahahaha… mmg skill MLM tu tak pudar..

  2. Saya baru terkena… Ada akak tempat kerja lama dah pencen, tiba-tiba mesej inbox fb tanya sihat ke tak.

    Saya tak layanlah, ingat nak suruh join apa-apa.

    Tiba-tiba semalam mesej lagi.

    Rupa-rupanya nak jemput anak kahwin… heheh

  3. Kebanyakan kawan datang lama datang nak jumpa balik tu,biasanya saya pernah kenalah..,dia minta pinjam duit,mintak tolong atur phone rosak,nak mintak no phone awek lama diorang,

  4. No.4 tu kerap.dh fren dlm fb pnya lama x penah like x penah tgur tetiba ajk jmpa.ajk p mkn pstu trus bw p jmpa mber MLM dia tuk pengaruh kita sruh join.paling best pg² dtg rumah smata² nk ajk kita p bank wt loan bl ckp xda duit byk tu.pstu hasut suruh guna duit nk byr katering,bj kwen sgala.xdanya nk guna.knduri bln dpn ja hoiiii…

    Lps drejek smpai skrg dh x contek blk dh.kt FB pon dh x like/komen dh.

    Dasar sgtkn?

  5. paling tak best bila dorg ajak MLM. Kita ni dah beriya-iya konon semangat nak jumpa kawan yang dah terpisah sejak berabad.last-last dah jumpa, memang MLM.

Leave a Reply to fyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *