Jejaka Blogger Idaman Malaya
Anda kadangkala terkejut bila kawan lama anda yang selama ini menyepi atau menghilangkan diri tiba-tiba cari dan hubungi anda.

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa mereka tiba-tiba menghubungi anda. Disini Bro kongsikan beberapa sebab mereka berbuat sedemikian.

Penafian : Gambar diatas adalah hiasan semata-mata.

4 Punca Kawan Lama Hubungi Anda Semula

1- Nak Jemput Kahwin

Ini selalu juga terjadi.

Bukan apa, risau bila kita tahu dia dah kahwin, kita akan buat ayat macam ini, “Kahwin tak ajak, sentap aku”. Lagipun waktu kahwinlah, baru dapat berjumpa kawan sekolah, kawan universiti, kawan kem itu ini, kawan maya etc.

Dalam masa yang sama, nak bagi crush mereka berputus asa he..23x

2- Nak pinjam duit

Ada golongan yang malu gila nak pinjam duit dengan orang yang rapat sangat dengan dorang (maybe sebab dah selalu sangat kot)

Maka, mereka mencari mangsa baru yakni orang yang dia kenal, tapi dah tak rapat dah.

Sekurang-kurangnya, bila korang nak tuntut hutang korang sendiri pun tak tahu dia dah ke mana entah. Kira burn gitew je la.

3- Nak Tahu Status Anda

Dah lama tak berhubung, maka mereka nak tahu status terkini anda. Makin cantik ke, makin kurus ke, makin hot diva ke.

Paling penting, nak tahu anda sudah berkahwin ke, single ke, menduda menjanda ke. Kot-kot boleh try.

Kalau tak jadi pasangan hidup, jadi skandal pun ok.

4- Nak Ajak Join MLM

Bro rasa, point yang ke-4 ini memang tidak dapat dinafikan, walaupun mereka menafikan sekeras-kerasnya apa yang mereka buat bukan MLM.

Dah kena banyak kali.

Now, kalau ada yang ajak keluar. Memang akan cakap macam nie, “Mengeteh boleh, MLM aku tak mau”.

Bicara Bro : Kadangkala perlu bersangka baik pada rakan-rakan anda yang lama menghilang.

Mungkin mereka ingin meminta maaf, Mungkin juga nak settlekan hutang. Mungkin juga nak jelaskan kenapa mereka menghilangkan / menjauhkan diri. Mungkin terasa dengan korang.

Dan mungkin juga mereka tahu, mereka dah tak lama dah. Yup, ada kebenarannya disitu dan Bro dah jumpa dengan mereka sebelum mereka pergi. Al-Fatihah