March 29, 2024

iPad Mini Buat Blogger Sewaktu Menyertai EnerZ Bloggers Family Day

EnerZ Bloggers Family Day
Baru-baru ini, Bro telah mengadakan program Bloggers Family Day bertempat di EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya.

Tujuan ia diadakan, untuk mengetengahkan aktiviti yang mampu disertai seisi keluarga dan dalam masa yang sama dapat masa yang berkualiti bersama keluarga.

Disertai lebih kurang 20 ibubapa bersama anak-anak mereka.

EnerZ Bloggers Family Day

Antara ibubapa yang hadir sewaktu menerima penerangan dari wakil EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya sebelum bermulanya aktiviti.

Kami berkumpul bukan sahaja meraikan Hari Ibu dan juga Hari Keluarga bahkan memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar sambil berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang ada disini.

Aktiviti kami disini termasuk bengkel diuruskan sepenuhnya oleh pihak EnerZ Indoor Extreme Park.

Menurut Alvin Tey – Managing Director, EnerZ Extreme Park,

Agak normal hari ini melihat ahli keluarga duduk di restoran tanpa berinterasi antara satu sama lain. Tepi lebih utamakan phone dan juga table.

Di EnerZ, kami ingin mewujudkan kesedaran betapa pentingnya meluangkan masa berkualiti dan eratkan ikatan kekeluargaan dengan melakukan aktivti yang menyeronokan bersama-sama. Inilah matlamat sebenar untuk event ini.

Aktiviti Kami Di EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya

Sebelum bermula, kanak-kanak telah dibahagikan kepada 2 kumpulan dimana mereka akan menyertai bengkel berasaskan edutainment (education + entertainment).

Aktiviti ini bertujuan untuk membina semangat setiakawan dan juga sifat pemimpin kepada kanak-kanak.

EnerZ Bloggers Family Day

Segala tidak langsung, ia mampu memberi kesedaran kepada kanak-kanak tersebut bahawa dalam bergembira bermain, perlu ada semangat kerjasama.

Paling penting sifat memimpin dan bukan sifat pentingkan diri.

Ini supaya mereka benar-benar bersedia untuk mencuba aktivti yang lebih mencabar yang ada di EnerZ Indoor Extreme Park.

EnerZ Bloggers Family Day

EnerZ Bloggers Family Day

Bagi yang dewasa pula,

Boleh temani anak mereka sambil bagi dorongan moral sewaktu mereka bermain.

Dalam masa yang sama, boleh mencuba beberapa aktiviti yang turut ditawarkan disini. Antaranya Gut Builder, Sky Ropes dan tidak lupa juga Trampolines.

EnerZ Bloggers Family Day

Yeahhh…!! Trampolines Time…!!!

Walaupun ada yang baru pertama kali, banyak skill telah mereka pelajari berbanding dengan Bro yang dah banyak kali datang, tapi masih tak mahir lagi.

EnerZ Bloggers Family Day

EnerZ Bloggers Family Day

Sepanjang aktiviti berlangsung,

Blogger yang terlibat juga diberikan task untuk dilakukan dari pagi hingga ke petang. Apa yang mereka perlu lakukan hanya memuat naik gambar dan video di laman Instagram mereka sendiri sepanjang mereka berada di sini.

Dalam masa yang sama ada beberapa task perlu yang mereka selesaikan.

Dan pemenangnya adalah……

Pemenang iPad Mini EnerZ Indoor Extreme Park

Tahniah kepada pemenang.

Agak susah juga nak pilih pemenang bila markah mereka masing-masing dekat sangat. Cuma ianya dikira berdasarkan jumlah task yang selesai, kreativiti dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

Nampak macam leceh,

Tetapi hadiahnya amat berbaloi-baloi. Betul tak?

Jika anda berminat nak mencuba, anda boleh datang ke

EnerZ Indoor Extreme Park
Lot 791 Persiaran Subang Indah,
47500 Subang Jaya, Selangor

Untuk maklumat lanjut tentang Enerz Indoor Extreme Park, anda boleh layari www.enerz.my atau facebook page fb.com/EnerZIndoorExtremePark

Iklan dari EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya

EnerZ Indoor Extreme Park Jump More Pay Less

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “iPad Mini Buat Blogger Sewaktu Menyertai EnerZ Bloggers Family Day

  1. best sangat bro dapat datang ke sini.. kawan2 pon ramai dah suruh kita orang plan datang ke EnerZ…. hehehe….. dan tahniah buat pemenang iPad…. :)

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *