April 20, 2024

4 Fasa Pembesaran Kanak-Kanak di Dutch Lady Smart Milestones Consumer Event

Dutch Lady Smart Milestones Consumer Event
Bro dan beberapa kenalan bersama anak mereka telah menyertai Dutch Lady Smart Milestones Consumer Event yang berlangsung di Sunway Convention Centre pada 18 April 2015.

Disana kami dibawa berjalan melalui 4 fasa pembesaran dimana setiap fasa mengambarkan aktiviti yang dilalui oleh si anak tadi pada setiap fasa pembesaran mereka.

Tapi yang Bro Nampak,

Macam ibubapa mereka lebih teruja berbanding si anak (mungkin si anak nampak pelik bila ibubapanya lagi seronok melalukan aktiviti pada setiap fasa pembesaran). Mungkin mereka teringat zaman mereka membesar dulu kot.

Dutch Lady Smart Milestones Consumer Event

4 Fasa Pembesaran Kanak-Kanak

Terdapat 4 fasa yang dilalui oleh kanak-kanak sewaktu mereka berada dalam proses pembesaran. 4 fasa tersebut adalah :-

1 – Curious Stage (vision development) – Bermain buih, membuat bayang.

Pada tahap ini, kanak-kanak mempunyai sikap ingin tahu. Mereka akan teruja melihat buih dan terasa ingin menyentuhnya.

Begitu juga dengan permainan bayang-bayang. Akan wujud perasaan musykil bila ternampak bayangan yang mereka sendiri atau ibubapa mereka hasilkan pada dinding.

Waktu ini, kita boleh Nampak pergerakan anak mata mereka mula aktif bergerak memerhatikan apa yang berlaku pada sekeliling mereka.

2 – Explore Stage (natural body resistance) – Melakukan aktivti luar.

Explore Stage (natural body resistance)

Kanak-kanak lebih teruja bila melibatkan aktiviti luar. Kerana waktu ini mereka berada di fasa meneroka.

Mereka lebih gemar menyentuh tumbuhan, pasir @ tanah, mengejar benda (benda kecil) yang bergerak yang mampu menarik perhatian mereka.

Kadangkala mereka boleh perasan benda yang kita sendiri tidak perasan.

3 – Create Stage (creativity) – Melukis, bermain pasir, membina bangunan dengan kotak.

Dutch Lady - Create Stage (creativity)

Bahagian yang paling Bro minati.

Bro perasan kebanyakan kanak-kanak dan ibubapa banyak habiskan masa di fasa ini. Bermain dengan magnetic sand dan kotak.

Secara tidak langsung kita dapat melihat tahap kreativiti si anak tadi, malah dapat turut serta melakukan aktiviti bersama si anak.

4 – Learn Stage (focus & memory) – Mencari perbezaan, matematik mudah

Pada fasa ini, si anak tadi akan diuji tahap fokus dan ingatan mereka. Terdapat beberapa aktiviti diadakan seperti mencari perbezaan dan juga aktiviti melibatkan kira-kira.

Setiap fasa pembesaran ini memerlukan nutrisi secukupnya dalam membantu pembesaran kanak-kanak. Tetapi, pada setiap fasa pembesaran, nutrisi yang diperlukan adalah berbeza.

Oleh sebab itu,

Pihak Dutch Lady telah mengeluarkan Dutch Lady Growing Up Milk yang diperbarui dimana ianya dapat memberi nutrisi yang secukupnya bagi setiap fasa pembesaran.

Dutch Lady Growing Up Milk yang diperbarui kini hadir dengan pek baharu.

Peranan Ibu Bapa Dalam Perkembangan Anak

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang peranan ibubapa dalam membantu perkembangan anak mereka. Anda boleh tonton video dibawah ini.

Dr Alvin Ng – https://youtu.be/hq9S2LrrF9k

Prof Poh Bee Koon – https://youtu.be/9EDs7kPttJA

Dr Yong Junina Fadzil – https://youtu.be/it2i0XmZfas

Kredit gambar : Isaac Tan.

Cabutan Bertuah Dutch Lady Smart Milestones Consumer Event

Bagi ibubapa yang telah melalui keempat-empat fasa pembesaran ini perlu mendapatkan cop pada buku biru yang diberikan.

Cukup 4 cop anda layak menyertai cabutan bertuah dan juga membawa pulang satu pek Dutch Lady Growing Up Milk yang diperbarui.

Ok, dah ada tempat untuk letak susu dekat rumah.

Dutch Lady Moms Club

Pada hari tersebut, turut dibuka kaunter pendaftaran Dutch Lady Moms Club untuk ibubapa yang hadir.

Banyak ganjaran dapat dinikmati setiap kali anda berbelanja untuk produk Dutch Lady Growing Up Milk termasuk pelan insuran yang akan membantu membiayai pembelanjaran anak anda kelak.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Dutch Lady Growing Up Milk yang diperbarui, anda boleh layari :-

Website: http://www.smartmoments.com.my/
Facebook: Dutch Lady Moms Club (https://www.facebook.com/DutchLady.SmartMoments)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “4 Fasa Pembesaran Kanak-Kanak di Dutch Lady Smart Milestones Consumer Event

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *