You are here
Home > Iklan > Bufet Ramadhan 2015 di Fish & Co. Pavilion Bersama Dato’ Fazley Yaakob Dari SukaSucre

17,411,387 total views, 2,916 views today

Bufet Ramadhan 2015 di Fish & Co. Pavilion Bersama Dato’ Fazley Yaakob Dari SukaSucre

Fish & Co.  Dato’ Fazley Yaakob
Fish & Co. telah memperkenalkan bufet Ramadhan yang boleh didapati di cawangan Fish & Co. Pavilion, Kl.

Ini merupakan kali pertama Fish & Co. menawarkan set bufet di dalam menunya dan ianya lebih istimewa dengan pilihan pencuci mulut yang dibawakan khas oleh Dato’ Fazley Yaakob dari SukaSucre.

Ini juga merupakan jalinan kerjasama kedua di antara Fish & Co. bersama Pemenang MasterChef Selebriti Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob.

Menurut Charmaine Tan, Pengarah Pemasaran di Fish & Co.

Pada tahun-tahun yang lalu, kami di Fish & Co. sentiasa menerima kunjungan yang ramai daripada para pelanggan untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan di setiap cawangan kami.

Melihat kepada sambutan yang positif oleh para pelanggan, kami berhasrat untuk memberi sesuatu yang istimewa dan memilih untuk menawarkan set bufet Ramadhan di Pavilion, KL.

KL sering menjadi pilihan untuk mengadakan keraian dan kami merasakan ianya merupakan tempat yang paling sesuai untuk menikmati bufet Ramdhan ditambah dengan ruang yang luas dan selesa.

Set Bufet Ramadhan 2015 Fish & Co.

Set Bufet Ramadhan 2015 Fish & Co

Pilihan menu yang terdapat di dalam set bufet Ramadhan Fish & Co.

Antara pilihan yang wajib anda cuba adalah Spaghetti Pomodoro, Seafood Pizza, Fried Calamari, Grilled Fish with Spicy Teriyaki Sauce,Grilled Peri-peri Chicken with Salmon, Captain Hook Fish Fillet, Golden Coral Fish Nuggets, Treasure Trove Chicken Nuggets dan banyak lagi.

Bagi pencuci mulut pula, pelanggan pastinya menyukai Moist Chocolate Cake, Vanilla Cake, Profiteroles, and French Mini Macaroons oleh Dato’ Fazley.

Bufet Ramadhan di Fish & Co. hanya boleh didapati di cawangan Pavilion, KL bermula pada 22 Jun – 12 Julai 2015 dengan harga RM59.95 per pax untuk dewasa dan RM29.95 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Selain itu, bagi pelanggan yang membuat tempahan awal dengan bayaran penuh 3 hari awal sebelum datang berbuka puasa di Fish & Co. akan mendapat harga promosi sebanyak RM52.95 sahaja.

Untuk tempahan, pelanggan boleh menghantar emel ke marketing@fish-co.com.my atau hubungi 03-78878717. Tertakluk kepada terma & syarat.

Set Ramadhan Istimewa untuk 2 orang di Fish & Co.

Set Ramadhan Istimewa untuk 2 orang di Fish & Co.

Fish & Co. juga memperkenalkan Set Ramadhan Istimewa untuk 2 orang berharga RM 75.95 Yang boleh didapati bermula 15 Jun sehingga 26 Julai 2015 di Fish & Co. cawangan Pavilion KL, The Mines Shopping Mall, IOI City Mall, Putrajaya, Main Place @ USJ 21, 1 Utama dan Paradigm Mall.

Set ini termasuk Grilled Peri-peri Chicken with Arctic Fish, Grilled White Fish with Periperi Sauce, 2 Sup yang bertukar setiap hari dan 2 air untuk dipilih sama ada Passionfruit, Coke, Sprite atau Teh Ais Limau.

Pelanggan juga boleh menikmati pencuci mulut istimewa Hot Fudge Cake dari Fish & Co. dengan menambah RM7.95.

Fish & Co. Pavilion KL merupakan sebuah restoran berkonsepkan laut yang terletak di Lot No. C4.02.00, Tingkat 4, Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur dan di buka dari 11 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.fish-co.com.my dan ikuti promosi terbaru Fish & Co. di Facebook http://www.facebook.com/FishNCoMY atau Instagram / Twitter di @FishNCoMY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

Leave a Reply

Top