Sara Thai Kitchen, Kuantan
Sara Thai Kitchen terletak di Balok tidak jauh dari Bandar Kuantan, Pahang merupakan salah satu destinasi makan malam kami sekeluarga sewaktu bercuti di sana.

Alhamdulillah, hidangan dan layanan yang diberikan tidak mengecewakan kami. Berbaloi dengan harganya.

Jaraknya, lebih kurang 1 KM dari tempat penginapan kami di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan (Terima kasih Deq Noor atas penajaan penginapan ini).

Sara Thai Kitchen, Kuantan

Dan disini, kami jumpa apa yang sebenarnya kami nak cari di Kuantan.

Semestinya Tom Yam dan juga Sotong Celup Tepung. Yang menariknya, potionnya tidak mengecewakan. Kenyang kami sekeluarga tanpa perlu mintak nasi tambah.

Apa yang kami nikmati disini?

Tom Yam - Sara Thai Kitchen, Kuantan
Tom Yam Seafood – RM7.00 (untuk 2 orang makan)

Telur Dadar - Sara Thai Kitchen, Kuantan
Telur Dadar – RM3.00 (untuk 2 orang makan)

Sara Thai Kitchen, Kuantan
Sotong Celup Tepung – RM10.00

Tidak lupa juga Sayur Baby Kailan Ikan Masin – RM6.00 (untuk 2 orang makan) dan Nasi Putih – RM1.30 (sepinggan).

Total makan berdua (Baby Fisha makan sikit waktu itu) lebih kurang RM30.

Harganya lebih sedikit berbanding dengan kedai yang kami makan dimalam sebelumnya. Malangnya servis dan hidangannya amat mengecewakan kami sekeluarga.

Sara Thai Kitchen, Kuantan

Bagi sesiapa yang ingin mencari tempat untuk menikmati makanan laut segar dan suasana yang selesa, anda boleh datang ke sini.

Sara Thai Kitchen
Cherating Jalan Kuantan – Kemaman,
Balok, Pahang?
No. Tel : 012-949 3466

Bicara Bro : Jeles tengok ada brader-brader biker datang sini menikmati ketam. Banyak pulak tue. Seronok makan reramai dengan kenkawan.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter