17,167,028 total views, 548 views today

#P1MiFi – Tawar Pakej Terbaik Buat Pengguna Tegar Internet Tanpa Had

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Pengguna Internet Tegar Anti Sosial
Ramai yang kurang arif tentang tawaran Internet Tanpa Had atau dengan erti kata lain Unlimited.

Bagi mereka, cukup sekadar ada internet tanpa fikir baik buruknya pakej yang mereka ambil asalkanya ianya murah tetapi terikat dengan tempoh kontrak yang panjang.

Mungkin pada awalnya, niat hanya nak layari internet bila perlu.

Tetapi bila sampai satu masanya, dimana pada awal bulan kouta internet habis awal dan kelajuan internet jadi kurang sehinggakan anda agak sukar untuk melayari internet.

Waktu itu, anda akan start maki-maki internet provider yang anda langgan.

Pentingnya Memiliki Internet Tanpa Had

Internet Geek

Mungkin ada sesetengah dari kita tidak tahu kepentingan memiliki internet tanpa had terutamanya golongan belia.

Warga belia yang berusia dari 20 – 34 tahun, mewakili 36% para pengguna tegar Internet dimana secara majoritinya terdiri daripada warga kota.

Golongan ini bukan sahaja melayari internet melalui laptop/komputer bahkan telefon pintar dan juga di tablet. Kadangkala mereka melayari internet pada beberapa peranti dalam satu masa.

Pasti setiap satunya dihubungkan pada satu akaun pengguna.

Rugilah sekiranya perlu melanggan internet untuk setiap peranti. Elok langgan satu pakej internet dan dikongsikan dengan semua peranti dalam satu masa melalui WiFi atau Hotspot.

Dan kenapa anda perlu langgan internet tanpa had?

Mungkin selama ini anda habiskan kouta internet anda dengan melayari laman Youtube pada penggunaan HD, layan video streaming dan juga memuat turun kandungan berkapasiti besar.

Ini secara tidak langsung menggunakan kouta internet anda secara berlebihan. Jika aktiviti ini terlalu kerap, kouta internet anda akan habis lebih awal dan anda perlu top-up lebih kouta jika ingin menggunakan internet.

Rugi bukan?

Kempen P1 ToGo Tawar Data Tanpa Had

Packet One Networks Sdn Bhd (P1) telah mengumumkan promosi terbaru Kempen P1 ToGo, yang menawarkan langganan percuma satu (1) bulan bagi mereka yang melanggan di atas talian.

Kempen P1 ToGo telah menawarkan lebih nilai kepada pengguna dengan memberikan data tanpa had dengan kelajuan sehingga 1Mbps, pada harga RM115.53 sebulan.

Info lanjut anda boleh layari http://www.p1.com.my/

P1 MiFi Banner Ads

Anda juga boleh memiliki Modem MX230 secara PERCUMA yang ditawarkan dalam pakej P1ToGo.

Dimana ianya dapat membantu memenuhi keperluan tersebut dengan keupayaan menyambungkan pelbagai peranti ke Internet secara serentak, sama ada ketika berada di dalam atau di luar bangunan,pada bila-bila masa.

Dengan modem MiFi ini, anda dapat menyambung dan berkongsi pelbagai peranti mudah alih seperti komputer riba, telefon pintar, serta tablet ke internet.

Tempoh kempen bermula dari 6 April sehingga 13 Mei 2015. Maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini, anda boleh dapati di http://www.p1.com.my/mifi/ .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “#P1MiFi – Tawar Pakej Terbaik Buat Pengguna Tegar Internet Tanpa Had

  1. Harga pakej terbaik untuk pengguna internet tegar seperti saya… Lebih jimat berbanding pergi ke Cyber Cafe sebab nak guna internet.. Pergi ke Cyber Cafe sejam jer dah kena RM2,00… Kalau sehari sejam, sebulan dah kena bayar RM60.00… Itu kalau guna sehari sejam…. Kalau guna banyak-banyak jam, cuba kiran sendiri…

    1. Kalau pergi Cyber Cafe belum tentu online berjam-jam. Rasanya main Counter Strike ataupun yang popular sekarang ini. DOTA.

      Now Online hanya untuk main game

  2. erk saya pakai celcom rm 68,4 gb jer..huhu…tapi kalau line ni ada kat kampung saya..memang nak kebas jugak benda ni

Leave a Comment