17,153,218 total views, 4,522 views today

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pelaksanaan GST 2015

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

GST 2015 - Goods and Services Tax
1 April 2015, bermulalah pelaksanaan Cukai GST 6% menggantikan Cukai SST yang sedia ada antara 5% hingga 20%

Apa yang Bro perhatikan, ramai yang sudah bersedia menghadapi GST. Tetapi ada juga yang tidak, yakni peniaga dan juga pihak yang kurang faham bagaimana GST ini berfungsi.

?Kekalutan banyak berlaku pada hari pertama pelaksanaan GST secara menyeluruh.

Banyak pengguna merungut bila dikenakan cas GST yang tidak sepatutnya atas pembelian mereka.

Resit Makan Dikenakan GST

Jika diikutkan peniaga perlu mengekalkan harga lama dan menambah 6% GST pada barangan dan perkhidmatan tertentu.

Tetapi ada juga pihak yang mengenakan harga lama dan menambah tax perkhidmatan 10% selain 6% gst. Paling tak boleh blah bila GST 6% dikenakan keatas tax perkhidmatan 10%?

Kebanganggan apakah ini?

Kalau tak double check pada resit, pasti anda sendiri menjadi penipuan sesetengah peniaga yang mengaut keuntungan diatas angin.

Resit Topup Kena GST di 7 Eleven

Paling banyak ditimbulkan pada hari pertama pelaksaan GST 6% mengenai pembelian top up maxis yang juga dikenakan GST. Pelik tapi benar. Sedangkan kenyataan rasmi telah dikeluarkan dimana sebarang tambah nilai tidak akan dikenakan GST.

Tidak dapat dipastikan kesilapan teknikal (yakni sistem yang mereka guna pakai), ketidak fahaman penjual ataupun kesedaran mengenai GST gagal dipraktikan.

Kalau ikutkan kebanyakan produk dengan harga lama (produk tertentu) sudah disertakan dengan tax tersembunyi. Jadi dengan pengenalan GST harga produk mesti diturunkan dahulu sebelum mengenakan ia dikenakan GST.

Bagaimanapun, terdapat alasan dari penjual dimana mereka tidak turunkan harga kerana pembekal tidak mengurangkan harga dan ini membebankan mereka.

Kenaikan Harga disebabkan GST

Antara barang yang dijangka alami kenaikan harga adalah barangan seperti Handphone (contoh). Ini kerana kerajaan telah mansuhkan cukai keatasnya sebelum ini.

Contoh
Rm500 + 0% = Rm500
Rm500 + 6% = Rm530

Harga Masih Kekal Walaupun Dikenakan GST

Sebagai contoh, Topup sekarang mempunyai cukai SST sebanyak 6%.

Jadi apabila digantikan dengan Cukai GST 6% maka tiada kenaikan akan berlaku.

Sekiranya ada pihak yang menaikan harga topup atas alasan GST. Mintak resit pembelian dari mereka kemudian reportkan kepada pihak berkenaan untuk tidakan lanjut terhadap peniaga tersebut.

Jangan takut, anda ada hak sebagai pengguna.

Harga Diturunkan Bila Cukai SST 15% diganti GST 6%

Sebagai contoh, kebanyakan perabot mempunyai cukai SST 15% sekarang. Apabila diganti dgn GST 6% maka harga perabot sepatutnya turun.

Contoh
1000 + 15% SST = 1150
1000 + 6% GST = 1060

Barangan yang Tidak Dikenakan GST

Seperti yang ditekankan sebelum ini, kesemua barang makanan asas tidak dikenakan GST dan hampir 4000 jenis ubat utama tidak dikenakan GST.

KPDNKK telah mengeluarkan buku Panduan Harga Pengguna secara percuma. Terdapat lebih 500 senarai barangan yang boleh dijadikan panduan ketika pengguna berbelanja.

Anda boleh rujuk di http://ebook.kpdnkk.gov.my/

Sekiranya ada mana-mana peniaga yang menegaskan barangan yang dijual mereka dikenakan GST. Anda boleh tunjukan bukti kepada mereka melalui buku ini.

Jadilah Pengguna Bijak

Misi Voucher RM200 Tesco Paradigm Mall

Mula saat ini, anda perlu menjadi pengguna yang bijak dan sentiasa membuat perbandingan harga dan berbelanja mengikut keperluan.

Bagaimana nak jadi pengguna yang bijak?

  1. Memilih dan buat perbandingan harga yang lebih murah
  2. Memboikot Peniaga yang menjual harga yang mahal
  3. Melaporkan peniaga yang mengambil keuntungan yang melampau

Anda boleh salurkan laporan anda ke :

Hotline : 1800- 88-6800 – 1Malaysia Centre
03-8882 6245 – War Room Kpdnkk
Laman Aduan : http://e-aduan.kpdnkk.gov.my
SMS : ADU (maklumat aduan) dan hantar ke 32255
Whatsapp : 0173436433 (whatsapp nama dan lokasi)

Pastikan anda simpan maklumat aduan anda.

Dapatkan feedback semula tentang aduan anda (Bagi tempoh masa 24-48 jam : Mereka juga manusia). Sekiranya tiada apa apa tindakan dari Pegawai anda boleh maklumkan pada http://eintegriti.kpdnkk.gov.my

Resit Pembelian Perlu ada ID GST

Peringatan Bersama : Elakkan sikap berdiam diri, tunjukan hak anda sebagai pengguna dan bagi kesedaran kepada peniaga yang menidak benarkan hak anda.

Jangan berharap sangat pada KERAJAAN sekiranya anda sendiri mengambil sikap sambil lewa.

Sikap TAKPELAH akan merugikan anda. Cukuplah kita berdiam diri selama ini dan hanya menyalahkan kerajaan semata-mata.

Bagaimana anda membantu kerajaan ketika GST dilaksanakan?

  1. Dapatkan senarai barangan yang dikenakan atau dikecualikan GST di laman sesawang www.kpdnkk.gov.my
  2. Gunakan senarai itu sebagai panduan untuk berbelanja.
  3. Jika peniaga mendakwa kenaikan harga disebabkan GST, dapatkan resit bayaran daripada peniaga tersebut. Pastikan tertera nombor tauliah GST pada resit tersebut. Jika tiada atau anda mengesyaki peniaga itu menipu, SILA LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.
  4. Jika peniaga gagal mengemukakan resit, ambil gambar barang dan harga. Jangan lupa ambil gambar kedai dan peniaga tersebut. LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.
  5. Pelaksanaan GST sepatutnya tidak menyebabkan kenaikan harga, sebaliknya disebabkan peniaga mengambil kesempatan dan manupulasi oleh kartel serta orang tengah.
  6. PENIAGA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN MENAIKKAN HARGA AKIBAT PELAKSANAAN GST, MEREKA BAKAL DIKENAKAN DENDA SEBANYAK RM200,000.
  7. Jadilah mata dan telinga kepada pihak berkuasa dan kerajaan bagi membanteras golongan peniaga tamak dan tidak berhati perut yang sentiasa mengejar keuntungan melampau.
  8. Segala aduan hendaklah dilaporkan ke Bilik Gerakan KPDNKK di talian 03-88826245. Pastikan bukti DISIMPAN RAPI untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

Pastikan anda sentiasa mengemas kini info GST melalui laman sesawang
i. gst.customs.gov.my
ii. www.kpdnkk.gov.my

Atau laporkan serta berkongsi pengalaman berhadapan peniaga yang penipu melalui laman sesawang
i. www.ppim.org.my
ii. www.nccc.org.my

Najib Razak Check Resit Pembelian
Jika sebelum ini, anda jarang meminta resit ataupun tidak merujuk resit selepas melakukan pembelian. Harap anda kikis sikap ini.

Anda wajib mintak resit sekiranya pembelian anda dikenakan GST.

Jika pada resit tiada No Pendaftaran GST tetapi anda dikenakan GST terhadap pembelian anda. Anda layak membatalkan pembelian anda dan buat laporan kepada pihak berkenaan.

Jangan sekadar jadi keyboard warrior upload gambar dekat laman sosial semata-mata nak kejar publisiti atau nak jadi popular jika anda sendiri tidak melaporkan ketidak tulusan ini.

Waktu itu, anda baru layak jadi dianggap warrior membanteras peniaga yang mengambil kesempatan atas nama GST.

Bicara Bro : Harap dengan pelaksaan GST mampu memantapkan sistem percukaian negara dan dapat membanteras golongan peniaga yang selama ini mengenakan Tax kepada kita tetapi masuk ke poket mereka sendiri.

Mungkin denda RM200,000 macam rendah sangat.

**Gambar dalam artikle ini sekadar hiasan.

Penafian : Artikle ini merupakan artikle yang diolah dari maklumat yang dihebahkan dilaman soosial. Sebarkan jika perlu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 thoughts on “Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pelaksanaan GST 2015

  1. camne bro nak kasi kurangkan belanja???
    GST ni menyusahkan aja…

    1. Beli mana yang perlu sahaja. Paling penting bijak berbelanja. Bandingkan harga…

      Macam Bro yang sudah berkeluarga nie, kena tahu dekat mana nak dapatkan pampers murah, susu murah etc. Lagipun harga tak sama dimana-mana tempat.

      Memang tertekan, tapi kalau tak bijak urusan pembelanjaan. Lagi akan tertekan.

  2. hakikatnya negara kita terburu sangat nak buat GST, ramai yg tak bersedia. rakyat pun makin terbeban sebenarnya. kalau tengok Jepun, mereka ambil masa setahun untuk beritahu melalui media2, buat perbincangan dengan pakar2 di program TV, dan educate rakyat sebelum kadar gst dinaikkan. kos sara hidup di sana pun setaraf dgn gaji yang mereka dapat.
    apepun, sama-samalah kita berjimat dan terus berjimat..demi kesejahteraan negara tercinta.

  3. thanks for sharing bro..baru baca betul2 kt blog bro psl GST..sblm ni baca macam tu saja kat fb..kalau kt kdai makan, kita kna byr service tax & gst? mksudnya dua cukai kita kna bayar?huhu tak faham..

  4. Pengguna perlu bijak dan berilmu semasa membuat pembelian. GST tidak boleh dielakkan tetapi penipuan dan manipulasi itu sah terang-terang salah dari segi undang-undang.

  5. Skrg ni banyak sgt yg menipu ttg gst nih. Smoga lebih berhati hati

Leave a Comment