April 19, 2024

Puchong Cabin Cafe – Pak Ngah Sup Utara & Gulai Kawah

Puchong Cabin Cafe - Pak Ngah Sup Utara & Gulai Kawah
Alhamdulillah, rezeki hari ini.

Ada orang open table makan tengahari di Puchong Cabin Cafe – Pak Ngah Sup Utara & Gulai Kawah walaupun ini merupakan kali pertama kami berjumpa.

Terima kasih berbanyak buat Kak Saidila sebab perkenalkan tempat makan yang sedap ini.

Sekali makan dengan ahli keluarga dia lagi.

Rasa segan la pulak, lagipun pertama kali berjumpa pemilik blog http://dila79inperson.blogspot.com/ (Jemput singgah ke blog beliau)

Dengar cerita, ianya baru sebulan beroperasi. Sebelum ini, ianya dibuka ditempat lain sebelum pindah ke sini.

Puchong Cabin Cafe - Pak Ngah Sup Utara & Gulai Kawah

Gambar sup utara dan gulai kawah.

Sini mengamalkan konsep layan diri. So kalau xcantik hidangan diatas tue salah tukang amik la tue he…23x

Kalau perut lapar, apa de hal. Yang penting sedap masuk perut dan bukan sedap masuk facebook/instagram bagai. Dah kenyang baru puas hati.

Agak berpeluh juga Bro menikmati kedua-dua hidangan ini.

Dalam masa kurang sejam, Bro dah dua kali basah berpeluh. Satu sebab exercise, dan lagi satu sebab makan benda ini.

Puchong Cabin Cafe – Pak Ngah Sup Utara & Gulai Kawah

Bergambar sebelum balik.

Maaf, Bro xde banyak info tentang Puchong Cabin Cafe – Pak Ngah Sup Utara & Gulai Kawah.

Jika ada nanti, Bro akan kemaskinikan artikle ini.

Tapi lokasinya terletak betul-betul dekat simpang belah kiri jika melalui Lebuhraya Damansara Puchong dari Puchong menghala ke One City Mall selepas tol.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Puchong Cabin Cafe – Pak Ngah Sup Utara & Gulai Kawah

Leave a Reply to innanie ariffin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *