April 16, 2024

Event P1 Online Media Associates (OMA) Nite Meriah

P1 OMA Nite Blogger
P1 Online Media Associates (OMA) Nite semalam meriah dengan kahadiran rakan-rakan blogger dan staf P1 yang selama ini bertungkus lumus berkerjasama dalam menaikan semula jenama P1.

P1 OMA Nite ini telah diadakan di The Co. Jalan Doraisamy.

Dimanakah tempat itu?

Anda boleh rujuk pada peta ini : https://goo.gl/maps/SMAIU.

Oh kenapa xde muka Bro dalam gambar diatas.

Biasalah, kena pulang awal atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Anyway thank dapat berkenalan dengan anda semua :)

The Co Kuala Lumpur P1 OMA Nite

The Co.

Laman web mereka www.jointhe.co

P1 Online Media Associates (OMA) Nite

Tujuan majlis ini diadakan untuk memperkenalkan halau tuju baru P1 selepas berada dibawah naungan Syarikat Gergasi TM kepada rakan blogger yang berada dalam group P1 Online Media Associates (OMA).

Dalam masa yang sama mereka juga ingin mengetahui apa yang terbaik untuk dibuat bersama dengan kami setelah bertahun-tahun berkerjasama.

Tak kan nak duduk pada takuk yang sama sahaja.

Blogger Terhebat P1 OMA Nite

Nampak tak orang lain tengah kusyuk, yang sorang nie boleh berselfie tak ajak.

Blogger Terhebat P1 OMA Nite

Maka kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan untuk luahkan sebarang idea yang mampu memantapkan P1 Online Media Associates (OMA) dan memberi impak kepada pelanggan P1 dan memberi informasi yang tulus kepada umum.

Nampak tak muka keterujaan dalam kumpulan Bro. Teruja ada sebab tue.

Paling penting,

Biar ada win-win situation antara Blogger OMA dengan P1 itu sendiri.

Harap sebarang perkongsian yang telah Bro buat mampu memberi impak kepada P1 dan juga P1 Online Media Associates (OMA) itu sendiri.

Pada majlis ini, makanan yang dihidangkan tidak mengecewakan dan ianya ditaja oleh : –

  • Small bites from myBurgerlabs
  • Cupcakes from Bitter/Sweet,
  • Sparkling Sodas by The Tapping Tapir
  • Nitro Coffee by Brewmen

P1 OMA Nite Husband Wife

Sebelum majlis bermula.

Bro dan wife yang memulakan BeanBag Party. Yang lain macam malu segan-segan nak baring golek-golek atas BeanBag ini.

Lagipun ini majlis santai dan bukannya formal.

Malangnya Bro kena balik awal atas sebab yang tidak dapat dielakkan. So korang layan la gambar brader paling Sado sewaktu P1 OMA Nite :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Event P1 Online Media Associates (OMA) Nite Meriah

Leave a Reply to Fazrol Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *