You are here
Home > Jalan Cari Makan > Menu Terbaru 2015 di Boat Noodle, Berjaya Times Square

Menu Terbaru 2015 di Boat Noodle, Berjaya Times Square

Boat Noodle, Berjaya Times Square
Baru-baru ini, selepas event AirAsia Bloggers Community Unlock The Fun, Bro singgah sebentar di Boat Noodle, Berjaya Times Square.

Ini kali pertama Bro nikmati Mee Sampan @ Boat Noodle. Biasa dengar rakan-rakan lain perkatakan tentang Boat Noodle di laman sosial.

Ini buat Bro rasa nak try juga.

Setelah setahun beroperasi di Malaysia, Boat Noodle memperkenalkan menu terbaru mereka.

Terdapat lebih dari 9 menu disajikan disini sesuai untuk semua peringkat umur dan boleh dinikmati bila-bila masa sahaja.

Menu Terkini Boat Noodle, Malaysia

Disini, Bro kongsikan beberapa menu terkini Boat Noodle. Jom cuci mata kot-kot ada yang anda berkenan.

Thai Popeye's Tempura - Menu Terkini Boat Noodle 2015
Thai Popeye’s Tempura – RM6.90

Snek lazat dari sayur kangkung segar yang digoreng rangup dan enak dicicah dengan “Soot-Yot” sewaktu menikmatinya.

Soot-Yot dalam bahasa Thai membawa maksud “Awesome”

Yum Mama - Menu Terkini Boat Noodle 2015
Yum Mama – RM8.50

Namanya merujuk kepada jenama mee segera klasik Thai yang dihidangkan bersama hirisan sosej ayam, daging ketam dan sayur hijau.

Yum Woon Sen -Menu Terkini Boat Noodle 2015
Yum Woon Sen – RM13 (Menu Pilihan Bro Framestone)

Antara menu yang anda patut cuba bagi mereka yang merupakan peminat makanan laut dan masakan pedas.

Dihidangkan bersama sotong, udang, ketam dan Woon Sen (mihun). Memang ada kick la sewaktu menikmatinya.

Yum Meatball - Menu Terkini Boat Noodle 2015
Yum Meatball – RM8.90

Bangkok Omelet with Sood Yut - Menu Terkini Boat Noodle 2015
Bangkok Omelet with “Sood Yut” – RM11.90

Nama dah gempak, tapi kalau sebut “Nasi Pattaya” mesti anda dah biasa dengar bukan. Dihidangkan bersama Soot-Yot.

Kra-Pow Chicken Rice - Menu Terkini Boat Noodle 2015
Kra-Pow Chicken Rice – RM11.90

Kra Paw dalam bahasa Thai bermaksud Daun selasih Thai.

Ia merupakan salah satu makanan yang biasa di tepi jalan Thailand yang sentiasa menjadi kegemaran orang ramai.

Ice Blended Coconut - Menu Terkini Boat Noodle 2015
Ice Blended Coconut -RM8.90

Untuk memastikan kesegaran, Boat Noodle tampil dengan minuman terbaru mereka Ice Blended Coconut dan Ice Blended Green Tea disamping menu yang sedia ada.

Minuman di Boat Noodle

Mee Sampan Menu Terkini Boat Noodle 2015

Boat Noodle atau Mee Sampan ini merupakan makanan ruji Thai yang dijual atas sampan terapung di terusan di tengah Thailand.

Boat Noodle mendapat perhatian di Malaysia selepas membuat penampilan pertama di Empire Damansara.

Boat Noodle Logo

Buat masa kini (April 2015), Boat Noodle mempunyai 9 buah cawangan di Malaysia, dan ianya terletak di :-

  • Empire Damansara
  • The School at Jaya One
  • Ikon Cheras
  • Berjaya Times Square
  • Publika
  • Sutera Mall at Johor Bahru
  • Gamuda Walk at Kota Kemuning
  • Klang Parade
  • D’Pulze Cuberjaya

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook Page Boat Noodle – https://www.facebook.com/meesampan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

9 thoughts on “Menu Terbaru 2015 di Boat Noodle, Berjaya Times Square

  1. alahai sedapnye makanan thai, dekat sane memang biase orang berniaga dari dalam sampan… pastu diorang suke buat pertandingan makan mee banyak-banyak. pemenang akan dapat duit untuk bayar hutang… huhu…

Leave a Reply

Top