You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Abam Bocey Menyerlah dalam Hantu Bungkus Ikat Tepi

17,287,346 total views, 3,017 views today

Abam Bocey Menyerlah dalam Hantu Bungkus Ikat Tepi

Hantu Bungkus Ikat Tepi
Filem komedi seram Hantu Bungkus Ikat Tepi dari Metrowealth (MiG) akan berada di pawagam bermula 9 April 2015.

Filem ini menampilkan kumpulan Jambu yang dibarisi Tauke dan Yus serta Abam dari kumpulan Bocey mampu membuat anda tidak kering gusi dengan lawak bersahaja mereka bertiga.

Paling menarik,

Penampilan istimewa Nora Danish sebagai kekasih Yus Jambu mampu buat korang rasa “geram” memanjang melihat aksi mereka berdua. Tauke dan Abam pun kekandang menyampah tengok mereka berdua (sebenarnya tengah jeles he..23x)

Menerapkan konsep “Spoof” dari setiap filem terbitan MiG sebelum ini diselitkan didalam filem ini mampu membuat anda teringat filem-filem terdahulu dari MiG.

Ini merupakan filem ke-9 arahan Brader Hashim Rejab.

Beliau salah seorang pengarah yang tersenarai didalam Skim 10 Pengarah Muda MiG.

Sinopsis Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi

Hantu Bungkus Ikat Tepi

Hantu Bungkus Ikat Tepi mengisahkan tentang 3 orang rakan baik (yang duduk serumah), Fuad (tauke Jambu), fadli (Yus Jambu) dan Fendi (Abam Bocey). Eh siapa pulak si fakrul yang si Yus Jambu dok cakap tue? Nampak sangat lupa nama watak.

Mereka bertiga nie biasa-biasa je, nampak macam berani tetapi sebenarnya penakut.

Kisahnya bermula, sewaktu mereka dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan seorang lelaki yang berlumuran darah dibunuh dan terbaring ditengah jalan.

Dengan selambanya mereka sentuh mayat dan pegang pisau yang membunuh lelaki tadi. Terus mereka bertiga jadi panik bila mendapati cap jari mereka melekat pada senjata pembunuhan.

Disebabkan panik, mereka mengambil keputusan untuk membungkus dan menanam mayat lelaki tersebut di kawasan yang terpencil. Sebagai tanda, mereka membungkus mayat itu dan diikat tepi kepala mayat.

Selepas kejadian itu, mereka meneruskan kehidupan seperti biasa.

Hantu Bungkus Ikat Tepi

Malangnya kehidupan mereka bertiga mula berubah bila menerima sampul surat yang mengandungi gambar mayat yang mereka tanam tempoh hari.

Sejak itu, kehidupan mereka dihantui dengan kehadiran hantu bungkus ikat tepi.

Kehadiran Mimie (Nora Danish), jiran sebelah rumah mereka yang pada mulanya hanya ingin membantu namun akhirnya Mimir turut sama terjebak dalam perjalan mereka mencari penyelesaian masalah mereka.

Pelbagai petunjuk mereka terima untuk menyelesaikan misteri yang menghantui hidup mereka bertiga.

Berjayakah mereka menyelesaikan misteri tentang kematian hantu bungkus ikat tepi? Siapakah pembunuh sebenar?

Paling penting, siapa sebenarnya yang belakon jadi hantu bungkus ikat tepi? Tak boleh nak cam siapa dia sampai la cerita nie habis.

Trailer Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi

Sama-sama kita saksikan dipawagam berdekatan anda bermula 9 April 2014.

Review dari Bro Framestone

Antara filem yang unik dan menarik ditonton bersama keluarga, terutama bagi mereka yang inginkan sesuatu komedi yang ringan untuk release tension.

Cukup la, Yus, Tauke dan Abam sahaja yang tension dalam cerita ini.

Malangnya, yang Bro nampak menyerlah lawaknya adalah Abam. Memang layak benar dia memenangi Anugerah Pelawak Paling Popular ABPBH 2014.

Mengenai lawak Yus dan Jambu kadangkala meleret menyebabkan jalan cerita jadi kurang mantap. Mungkin kerana dah biasa menonton lawak mereka berdua dipentas Maharaja Lawak Mega.

Apa-apa pun, buat Abam Bocey. Gemuk Is Awesome…!!!!

Bersama rakan blogger & media di preview Hantu Bungkus Ikat Tepi.Yang comel itu, Musal Rahman namanya, MiG Talent merangkap adik angkat kepada blogger Deq Noor.

Posted by Just Call Me Bro on Tuesday, April 7, 2015

Bergambar bersama rakan blogger dan media di Majlis Pra-Tonton Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi

P/S – Amboi Yus Jambu, mesra semacam je dengan Nora Danish dalam filem ini. Melting sat tengok Nora Danish berlakon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

10 thoughts on “Abam Bocey Menyerlah dalam Hantu Bungkus Ikat Tepi

Leave a Reply

Top