April 20, 2024

Ulangtahun Pertama Boat Noodle Malaysia Raikan Pesta Songkran

Boat Noodle Pesta Songkran
Boat Noodle Malaysia meraikan salah satu pesta yang terkenal di Thailand iaitu Pesta Songkran sempena ulang tahun pertama mereka di Malaysia.

Ianya diadakan di Cawangan Boat Noodle, Empire Damansara untuk meraikan pelanggan yang datang ke cawangan berkenaan.

Pelbagai hadiah menarik diberi kepada pelanggan yang bertuah.

Antaranya Samsung Galaxy S6, Kamera GoPro serta voucher Boat Noodle sendiri.

Boat Noodle Pesta Songkran
Puan Isteri menang voucher percuma 50 mangkuk mee sampan. Nak ajak sape ek perkena 50 mangkuk mee sampan nie?

Jeng jeng jeng….!!!

Samsung Galaxy S6 dimenangi oleh salah seorang pelanggannya. Malangnya Bro xde gambar pemenangnya.. Ke sebab Bro kecewa, itu pasal x amik gambar pemenang he…23x

Apa itu Pesta Songkran?

Tahun Baru Thai (Bahasa Thai: Songkran) disambut sekitar 13–15 April setiap tahun di Thailand.

Asalnya, tarikh perayaan ditentukan berdasarkan perhitungan astrologi, tetapi sekarang ditetapkan tarikh dalam takwim. Perayaan Songkran jatuh pada hari yang paling hangat dalam setiap tahun di Thailand.

Nyata sekali perayaan Songkran diterajui adat menyimbah air. Orang ramai merayau-rayau di jalanan dengan membawa baldi berisi air atau pistol air, atau berdiri di tepi jalan sambil memegang hos lalu mecurahkan air ke arah orang lain.

Adat menyimbah air asalnya merupakan cara memberi hormat kepada orang lain dengan menangkap air “bertuah” yang sudah dicurahkan untuk membersihkan patung Buddha lalu dicurahkan ke arah baru orang tua untuk memberi tuah kepada mereka sekeluarga.

Sumber : Wikipedia

Pesta Songkran bersama Boat Noodle

Boat Noodle Pesta Songkran

Setiap pelanggan yang hadir ke Boat Noodle, Empire Damansara berpeluang mencuba nasib dengan memilih mana-mana cawan yang disediakan pada papan ini.

Didalamnya terdapat kertas yang tertulis sama ada kita akan membasahkan orang atau kita sendiri akan dibasahkan. Peluang 70-30 dan sekiranya anda cukup bertuah, anda akan membawa pulang Samsung Galaxy S6 atau Kamera GoPro.

Jika tidak…..!!!

Anda akan balik dalam keadaan basah.

Boat Noodle Pesta Songkran

Boat Noodle Pesta Songkran

Boat Noodle Pesta Songkran

Nampak tak, puan isteri gua suka gila main simbah-simbah orang ini. Release tension katanya.

Ke sebab geram tengok mamat yang dia nak simbah ini dari tadi tak basah-basah berbanding rakan-rakannya yang lain.

Boat Noodle Pesta Songkran

Ini pula gambar, rakan blogger Iena Eliena yang sempat Bro rakam.

Nampak tak macam kanak-kanak ribena macam dah lama xjumpa air he…23x Gurau aje…!!! Jangan marah tau.

Boat Noodle Pesta Songkran

Boat Noodle Pesta Songkran

Jom layan Video pulak…!!!

Bicara Bro : Bro sebenarnya salah seorang yang sepatutnya dibasahkan pada hari itu. Disebabkan masa terhad, Bro kena chow awal.

Sewaktu balik usha-usha gambar ini, rasa menyesal pula tak serah diri. Sekurang-kurangnya ada kenangan yang Bro boleh abadikan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Ulangtahun Pertama Boat Noodle Malaysia Raikan Pesta Songkran

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *