You are here
Home > 1001 Pictures > Foto Pilihan > Baby Fisha Beraksi Dengan Kamera DSLR Nikon D5100

Baby Fisha Beraksi Dengan Kamera DSLR Nikon D5100

Baby Fisha dan DSLR Nikon D5100
Pantang terlepas pandang, kamera DSLR Nikon D5100 dah jadi barang mainan Baby Fisha.

Selama ini, memang tak bagi dia sentuh atau tayang benda ini depan dia. Dek kerana ralik bersembang, selamat sudah menjadi antara koleksi mainan kegemarannya.

Nikon D5100 ini, Bro beli di Lazada sewaktu ada promosi. 3 bulan dok perhati, terutama bila ada sale dan siap bandingkan harga dengan beberapa laman web yang lain.

Jom shopping di Lazada…!!!



Nikon D5100 bukannya model terbaru dari Nikon. Tetapi macam berbaloi pada Bro dari segi harga dan kegunaannya.

Buat masa sekarang, hasil tangkapan memuaskan (standard set pada auto sahaja), sesambil itu belajar guna setting manual pula.

Kalau ikutkan, banyak benda kita boleh buat dengan Nikon D5100. Nanti Bro ceritakan (banyak fungsi belum habis godek lagi).

Baby Fisha dan DSLR Nikon D5100

Kenapa Bro beli di Lazada?

Antara laman shopping online paling Bro percayai (ini bukan bodek atau status berbayar). Sentiasa ada diskaun, penghantaran percuma (sesetengah barang) dan ada juga yang kita boleh bayar sewaktu terima barang yang dibeli (sesetengah barang) dari Lazada.

Hanya pastikan anda mempunyai duit mencukupi sewaktu nak buat pembayaran sewaktu barang tiba kepada anda.

Kredit gambar Baby Fisha & Nikon D5100 buat Mieza Everdeen sewaktu food review di Boat Noodle, Berjaya Times Square baru-baru ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

16 thoughts on “Baby Fisha Beraksi Dengan Kamera DSLR Nikon D5100

    1. salahkan autocorrect pulak….bernina tue apa ek he…23x

      Kalau dia claim, gamaknya mieza la tolong jaga n pantau Baby Fisha… Risau dia main lambung2 ke baling2 ke kan

Leave a Reply to Cik Ash Cancel reply

Top