17,171,131 total views, 982 views today

10 Artis Grafiti Berentap Bagi Pertandingan Nando’s Art Initiative 2015

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Nando's Presents An Uptown Showdown of Graffiti Art!
10 artis grafiti berentap untuk mara ke pusingan akhir pertandingan Nando’s Art Initiative 2015 yang diadakan di Rooftop, Avenue K baru-baru ini.

Disini mereka mempamerkan aksi bertaraf A dengan menghasilkan karya dalam bentuk imej dan perkataan pada kanvas besar bagi mengambarkan tema ‘Your Art. Your Story.

Ada yang semamangnya mengambil bidang seni dan ada juga yang baru berjinak-jinak dalam dunia grafiti.

Tahun lepas, Nandos telah memperkenalkan kategori Graffiti Art dan berjaya menarik 36 penyertaan dari kalangan belia yang terdiri dari berbagai latar belakang pendidikan.

Graffiti Art - Nando’s Art Initiative 2015

Tahun ini, penyertaan meningkat kepada 56.

Bagaimanapun hanya 10 peserta sahaja dipilih untuk berentap sini sebelum mara ke pusingan akhir.

10 peserta akhir terdiri daripada empat pelajar kolej / universiti dan enam artis muda yang menjadikan Graffiti sebagai jiwa dan kerjaya mereka.

Untuk merebut mahkota kemenangan pertandingan tahun ini, Nando mengadakan aktiviti Graffiti Jam untuk menilai kemahiran seni yang diperlukan untuk menghasilkan karya oleh setiap peserta.

Nando's Presents An Uptown Showdown of Graffiti Art!

Pada malam ini,

Hanya 4 peserta sahaja terpilih untuk kepusingan akhir sekali gus berebut gelaran juara Grafiti dimana mereka akan terlibat sama di Pusingan Akhir Nando’s Art Initiative 2015 pada 27 May di Publika!

Pusing Akhir Nando’s Art Initiative 2015 bukan sekadar majlis penyampaian hadiah bagi kategori Fine Art, Digital Art dan Graffiti/Street Art sahaja.

Terdapat juga pameran yang akan berlangsung dari 27 Mei hingga 7 Jun bagi karya yang telah menyertai pertandingan pada tahun ini.

Pada majlis ini nanti, Nando’s akan menyampaikan hadiah yang bernilai sehingga RM85,000 kepada kategori-kategori dibawah.

Nando's Presents An Uptown Showdown of Graffiti Art!

Antara hadiah yang ditawarkan adalah:

Kategori fine art and digital art :

  • Hadiah Utama – Tajaan penuh untuk pameran solo, Wang tunai RM5,000 dan Nando’s vouchers bernilai RM500
  • Naib Juara – Wang tunai RM3,000, Nando’s vouchers bernilai RM500
  • Tempat ke-3 – Wang tunai RM2,000, Nando’s vouchers bernilai RM500
  • Hadiah saguhati (x3) – Wang tunai RM1,000, Nando’s vouchers bernilai RM500

Kategori graffiti / street art :

  • Hadiah Utama – Wang tunai RM5,000 dan Nando’s vouchers bernilai RM500
  • Hadiah saguhati (x3) – Wang tunai RM2,000, Nando’s vouchers bernilai RM500

Untuk maklumat lanjut berkenaan Nando’s Art Initiative, anda boleh layari www.nandos.com.my/artinitiative.

Graffiti Art - Nando’s Art Initiative 2015

Sesambil itu, jangan lupa menikmati keenakan hidangan dari Nandos dicawagan berhampiran anda.

Mereka ini, amat rajin memastikan perut Bro dan tetamu yang hadir sewaktu event ini berlangsung sentiasa gembira dan kenyang selalu.

Graffiti Art - Nando’s Art Initiative 2015

Terima kasih kepada pihak Nando’s Malaysia kerana sudi menjemput Bro.

Bicara Bro : Eh, kenapa dalam gambar ini, Bro nampak kurus? Ke memang dah kurus.

Cantik sebenarnya bergambar di Rooftop Avenue K.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “10 Artis Grafiti Berentap Bagi Pertandingan Nando’s Art Initiative 2015

  1. kreatif.. nak lukis grafiti ni susah kot.. x macam lukis kat dinding sekolah tu pon sikit je seminggu pon tak siap2..hahaha

  2. eh ade member saye la, die memang aktif buat grafiti…

  3. lupe nak sebut chick namenye aka anokayer hihihi…

Leave a Comment