You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Filem Abang Lejen Terbitan Mangkin Prestij

17,288,083 total views, 3,754 views today

Filem Abang Lejen Terbitan Mangkin Prestij

Abang Lejen Terbitan Mangkin Prestij
Abang Lejen, Filem bergenre komedi aksi terbitan Mangkin Prestij mengandingkan Farid Kamil, Intan Ladyana, Adiba Yunus dan Fadlan Hazim.

Ianya merupakan filem ke-4 dari Mangkin Prestij yang diarahkan oleh Azaromi Ghozali.

Filem ini mengetengahkan konsep hubungan adik-beradik yang disampaikan secara komedi sambil diselitkan dengan elemen aksi.

Ada sesetengah babak, nampak aksinya macam terlalu over.

Memang ianya disengajakan untuk memberi kelaianan kepada filem bergenre begini.

Sinopsis Filem Abang Lejen

Abang Lejen Terbitan Mangkin Prestij
Filem Abang Lejen mengisahkan Ajim (Farid Kamil) yang hidup bersama adik kesayangannya Alan (Fadlan Hazim) yang selalu menjadi mangsa buli di kampung mereka. Ajim membesarkan Alan setelah kedua ibu dan bapa mereka meninggal dunia.

Maka menjadi tanggungjawab kepada Ajim untuk menjaga dan melindungkan adiknya Alan dimana dia satu-satunya keluarga yang dia masih miliki.

Abang Lejen Terbitan Mangkin Prestij

Alan pula merupakan remaja yang gagap dan lurus bendul menjadikan dia mangsa buli dari kecil lagi.

Bagaimanapun Alan tidak pernah risau. Ini kerana abangnya, Ajim akan setiasa ada bila beliau menghadapi kesukaran.

Dalam masa yang sama, orang kampung memandang tinggi abangnya kerana beliau dianggap sebagai hero orang kampung dimana berjaya mengawal samseng-samseng kampung dari berluasa di kampung tersebut.

Abang Lejen Terbitan Mangkin Prestij

Bagaimanapun Ajim berasa tidak senang bila Alan menyatakan dia ingin berkahwin dengan pilihan hatinya, Nina (Adiba Yunus).

Paling membimbangkan Ajim apabila Alan turut menyuarakan hasrat untuk berhijrah ke Kuala Lumpur setelah berkahwin nanti.

Walaupun tidak bersetuju, namun Ajim tetap merelakan dan merestui permintaan adiknya itu.

Abang Lejen Terbitan Mangkin Prestij

Namun, hubungan adik beradik antara Ajim dan Alan mula putus bila Alan mengetahui kisah sebenar tentang kematian kedua-dua ibubapa mereka dan menganggap abangnya telah menipu beliau selama ini.

Maka, Alan dan Nina membawa diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.

Disebabkan rasa bersalah, Ajim memendam perasaan dan cuba mengelak dari memikirkan tentang adiknya itu. Namun, isi hatinya boleh dibaca oleh Intan (Intan Ladyana) yakni sepupunya yang sangat menyukai Ajim dari kecil. Maka Intan mengajak Ajim ke KL untuk bertemu dengan Alan.

Abang Lejen Terbitan Mangkin Prestij

Disitu, Ajim baru tahu selama ini khabaran yang beliau selalu dengar tentang adiknya tidak seperti yang beliau harapkan. Rupanya Alan menghadapi masalah dan selalu dikacau oleh samseng-samseng disana.

Apakah tindakan dari Ajim untuk menyelamatkan adiknya? Adakah Alan dapat menerima Ajim semula? Jom sama-sama kita saksikan Filem Abang Lejen di pawagam bermula 16 April 2015.

Trailer Filem Abang Lejen

Review Bro Framestone tentang Filem Abang Lejen

Filem bergenre Aksi semakin sebati dengan Farid Kamil disamping Intan Ladyana. Tidak lupa juga buat Adiba Yunus dan Fadlan Hazim yang berjaya membawa watak dengan jayanya.

Apa yang Bro nampak dalam filem ini, ada kelainan dalam komedinya bila disampaikan oleh Farid Kamil dengan muka seriusnya.

Mungkin aksinya nampak melampau atau over, tak mampu menandingi keoveran aksi filem Bollywood.

Menurut kata pengarahnya, filem ini memang ala-ala filem Bollywood untuk memberi kelainan berbanding filem-filem yang sedia ada.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan filem seterusnya dari Mangkin Prestij yakni Jalan Puncak Alam pada 7 Mei 2015 ini.

Yang pasti, ada orang takut nak balik memalam lepas tengok trailer filem itu. Siapakah dia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

6 thoughts on “Filem Abang Lejen Terbitan Mangkin Prestij

  1. Suka dengan filem ni,memang plan nak tengok nanti..tapi benci dengan farid kami yang dayus sebab tak reti jaga aurat bini..erm sory kalau si farid kamil tu kawan baik bro

Leave a Reply

Top