17,161,560 total views, 2,126 views today

Sotong Celup Tepung – Warong Paksu & Maksu, Tanjung Lumpur

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Warong Paksu & Maksu, Tanjung Lumpur, Kuantan
Disebabkan puan isteri teringin nak menikmati sotong celup tepung sewaktu bercuti di Kuantan, Pahang. Maka kami singgah ke Warong Paksu & Maksu yang terletak di Tanjung Lumpur.

Terima kasih buat Zaza Abdul Latif yang pernah menulis tentang Warong Paksu & Maksu, Tanjung Lumpur di blog beliau.

Memang membantu sangat bagi kami yang kurang familiar dengan Kuantan.

Tak susah pun nak cari Warong Paksu & Maksu ini. Ianya betul-betul terletak bersebelahan dengan Balai Polis Peramu.

Malangnya untuk ke sana. Waze tidak mampu memberi kerjasama kepada Bro.

So bertanya dengan orang tempatan (waktu itu Bro gerak dari Beserah), hanya ikut jalan menghala ke Pusat Bandar Kuantan.

Kemudian ikut signboard menghala ke Tanjung Lumpur. Lepas jambatan, akan nampak tempat yang banyak orang parking tepi jalan. Disitu terletaknya Warong Paksu & Maksu.

Yeahhhh….!!! Sampai juga ke sini, tanpa bantuan Waze.

Warong Paksu & Maksu, Tanjung Lumpur, Kuantan

Warong Paksu & Maksu, Tanjung Lumpur, Kuantan

Malangnya tempoh hari, bro datang awal sangat.

Sotong Celup Tepung pukul 2 petang baru ada. Ala…..!!!!

Agak kecewa juga waktu itu. Tapi nak buat macam mana, tiada rezeki. Hidangan lain tetap ada untuk dinikmati.

Warong Paksu & Maksu, Tanjung Lumpur, Kuantan

Ada udang celup tepung, ikan celup tepung, satar, otak-otak etc. Rasa dan harganya tidak mengecewakan. Walaupun ada ternampak perbezaan harga tahun ini (2015) dengan harga pada tahun 2013.

Terdapat juga nasi dagang untuk anda nikmati.

Bagaimanapun nasi putih tetap menjadi pilihan Bro bertemankan Satar, Ikan Celup Tepung dan Udang Celup Tepung.

Total harga kami makan tidak beberapa mahal, siap sempat bungkus Satar dan popia sebagai bekalan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Warong Paksu & Maksu, Tanjung Lumpur, Kuantan

Next time, bila turun ke Kuantan, akan singgah lagi ke Warong Paksu & Maksu. Harap time tue, timing betul la.

Nak Sotong Celup Tepung…!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Sotong Celup Tepung – Warong Paksu & Maksu, Tanjung Lumpur

  1. sedap nye tgk…singgah la nnti..hehehe

  2. adoi wrong timing pulak.. kan Zaza dah bagitau kena datang tengahari .. hehhee
    kalau lambat sangat pun lagi lah tak dapat makan.. tinggal serdak ikan celup tepung ajo.. hahaha.. tak apa,, nxt time repeat ye Bro 😉

  3. Kalau dapat merasa memang tidak pandang kiri dan kanan dah. 🙂

  4. Kena singgah ni kalau balik kampung. hari tu balik makan dekat 1 kedai kat terengganu. tapi kurang best and mahal. Lain kali kena buat research dulu baru dapat yang btul2 best.

  5. Tak pernah sampai lagi sana tu, udang celup tepung tu pun nampak sangat mengancam dah.

  6. sotong goreng tepung tu yang sedap… kalau terasa nak makan sangat, saya suruh orang rumah je masak kat rumah..

  7. ingatkan adela gambor sotongnye..

    amboi gambaq banner tu charismatic sungguh la kan?

  8. Mcm best je tempat ni. Tq bro share lokasi lokasi menarik

  9. Walaupun selalu ke Kuala Lumpur tidak pernah ke situ . Biasa lepak di Kampung Baru sebab kat sana pun ada macam-macam. gak..

  10. wahhhhh buat ekin terliur tengok sotong celup tepung tu… kalau dekat harus singgah ni

    1. Mana la tahu, akan ke kuantan ke, boleh singgah. Tempoh hari, Bro turun Kuantan, g cari tempat makan yang best2 je. Sodap….!!!

  11. Almak rugi betul tak tahu tempat ni masa pi kuantan baru-baru ni

    1. Gua pun google sekali ramai cakap situ best. So xsalah mencuba kan 🙂

  12. okeh kawan tengah dekat chukai… balik jay bee nanti munkin boleh singah kot…

    1. Try la, hari tue pun kita singgah masa on da way nak balik… Tapi pepaham je la, if datang waktu puncak..

  13. foto-fotonya bikin lapar.. next time kalau berkunjung ke kuantan, saya harus cari kedai ini..

Leave a Comment