Surat Jemputan Pos Laju Rawang
Ini bukannya kali pertama Bro terima surat jemputan ke cawangan Pos Laju Rawang.

Bila perkara begini terjadi. Terpaksa pilih masa yang sesuai untuk rancang perjalanan ke sana. 20 Km dari rumah yang Bro diami sekarang.

Pergi balik dah 40 Km. Itu jika ikut jalan biasa yang agak teruk jalannya serta jem dibeberapa kawasan.

Dimana dari 2 atau 3 lorong tertiba jadi satu lorong. He…23x

Kalau nak cepat, kena ikut jalan jauh termasuk tol.

Bicara Bro : Kadangkala suka dengan syarikat penghantaran lain. Yang call dulu, tanya ada dekat rumah ke apa. Ataupun boleh wakilkan jiran untuk terima bungkusan untuk kita.