17,158,486 total views, 4,026 views today

Kisah Seram Jumpa Blogger Zaza Zehra di Jengka, Pahang

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Blogger Zaza Zehra Jengka Pahang
Sewaktu dalam perjalan pulang dari percutian di Kuantan, Pahang. Bro singah sebentar di Jengka untuk bertemu dengan rakan blogger, Zaza Zehra.

Bukan senang nak berjumpa dengan Zaza Zehra.

Anak dara Melayu terakhir kot.

Banyak habiskan masa dirumah, kerja dari rumah (banyak kerja yang dia buat rupanya – rasa nak JV je). Kalau ke mana-mana memang pergi dengan keluarga.

Bagaimanapun, dia sama juga seperti blogger Che Mat Gebu – masing-masing sentiasa menerima tetamu yang sudi bertandang ke rumah mereka.

Bagaimana pun ada kisah seram terjadi sewaktu Bro ingin berjumpa beliau.
Jumpa Blogger Zaza Zehra di Jengka, Pahang

Kisah Seram Jumpa Blogger Zaza Zehra

Yup, memang ada kisah seram sewaktu nak berjumpa beliau di Felda Jengka 18.

Iklan : Untuk pengetahuan anda, Filem Jengka (filem seram) akan berada dipawagam tidak lama lagi.

Kalau ikutkan, Felda Jengka 18 tidak jauh dari susur keluar Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Bagaimanapun Zaza Zehra tidak mampu nak bagi direction yang memudahkan Bro menghala kerumah dia.

Lagi satu simpang masuk ke Jengka 18 agak terselindung.

Kalau bawa laju, sure boleh terlepas simpang itu tanda anda perasan lagi-lagi kalau tak berapa arif dengan kawasan itu. Double line pun kereta belakang boleh potong relax je walaupun pada meter bro kelajuan dalam 90-120 km/j.

Dimana kisah seramnya?

Ok, kisah seramnya bermula begini. Jalan masuk ditutup, sebab ada pasar malam dibuka disana. Waze tidak dapat nak bantu dah, ada jalan masuk yang lain, tetapi itu jalan short cut.

Memang blur baca arahan yang Zaza berikan dalam mesej.

Maka bertanya pada seorang pakcik itu, mana jalan nak menghala ke rumah Zaza (tapi xde la cakap rumah zaza, cuma tanya nama jalan je).

Pakcik itu, cakap dekat je. Ikut je jalan nie. depan itu ada simpang belah kiri.

Then pakcik itu beransur dan Bro u-turn balik menuju ke jalan yang Bro nak pergi itu. Zaza pula, dah bising-bising tanya mana Bro, sebab dia xnampak-namapak.

Akhirnya Bro sampai juga ke rumah Zaza Zehra.

Kemudian, puan isteri cakap, “Eh, itu bukan pakcik yang tadi ke?” sambil tunjuk kepada pakcik yang sedang parking motor dekat rumah Zaza.

Oh, rupanya pakcik yang Bro tanya tadi itu ayah kepada Zaza Zehra. Hai ayah (sambil hulur tangan nak cium – ini just imaginasi sahaja)

Tiba-tiba teringat dekat iklan raya, dimana ada sorang mamat tue boleh langgar pakcik tua, kemudian memaki dan sedikit pun tak nak tolong.

Sebab dia dah lambat nak pergi ke rumah awek dia yang cun melecun.

Sekali sedang nak menjamu hidangan raya, ayah awek dia sampai ke rumah dalam keadaan kesakitan (akibat kemalangan tadi). Memang terkejut mamat tue bila tahu pakcik yang dia langgar tadi adalah ayah awek dia.

Sewaktu nak hulur  tangan bersalam, Pakcik tue buat muka tak berkenan dah dengan dia, Padan muka…!!!

Arnab Belaan Blogger Zaza Zehra di Jengka, Pahang

Sebelum pulang, sempat juga tengok haiwan ternakan dekat belakang rumah dia. Eh, ada arnab la…!!!

Oh itu akak dia yang bela, untuk dijual.

Habis? Apa yang Zaza bela? Pergi tanya dia.

Yang pasti dekat belakang rumah dia, ada banyak pokok buah yang ditanam. Rezeki Bro, dapat juga merasa buah salak yang ditanam oleh ayah dia (yakni pakcik yang Bro bertembung tadi he…23x)

Bicara Bro : Selamat bro nie jenis menantu pilihan. Rasanya ada can ke idak he…23x

Jemput singgah ke Blog Zaza Zehra – www.zazazehra.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Kisah Seram Jumpa Blogger Zaza Zehra di Jengka, Pahang

  1. memang seram ye kalau nak pi ke rumah Zaza…..kena datang siang tu, kalau datang malam mau sesat….

  2. sis…pernah tengok hantu real tak?
    Kalau boleh citer sikit pengalaman

  3. wah serammnya!!! hihi..memang kene datang waktu pagi la..lagi2 dengan waze xleh guna..huhu..

  4. hahaha…boleh dibuat menantu ni..

    1. Moga dipermudahkan…. Ke mu berkenan?

  5. Assalammualaikum… bro,

    mselim3 ingatkan bro mengalami pengalaman yg menyeramkan tadi… nice bro dapat jumpa blogger zaza zehra..

  6. seram gilaa hahaha…. syok la jumpa blogger zaza… :p

  7. alahai sabo je kisah seram ni haha…

    1. Seram la… Tersilap langkah, boleh jadi menantu… Xpun kena hambat keluar dari rumah dia.

  8. Afiqah

    huhu..kita nie nama je slalu balik kuantan tp xpenah lagi g jengka..keh3.

  9. Sib baik hang tak langgar pakcik tu .. kalau tak menjawab la ngan Zaza ..

    “Abang bersalah .. abang bersalah .. semua ini salah abang .. ”

    Hahahaha,

  10. Haha punyalah cari seram kat mana seram seram kat mana??

  11. Ooo rupanya ada cerita SERAM ingatkan ape tadi buat suspen aje..:-)

    1. Mahu tak seram, kalau terkurang sopan.. terus kena halau dengan bapak dia… Terus xde can nak jadi hantu eh menantu he…23x

Leave a Comment