You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Secara Kerap

Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Secara Kerap

Pemeriksaan Kesihatan Bersama Spectrum of Life
Dua tiga bulan ini, kehidupan agak tertekan dengan keluarga, pendapatan dan juga kerjaya.

Walaupun masih mengamalkan cara hidup sihat – kawal pemakanan, bersenam dan melakukan aktiviti yang mampu mengurangkan tekanan. Tetapi kita perlu juga buat pemeriksaan kerap.

Tempoh hari,

Bro ada buat pemeriksaan dengan KPJ Rawang.

Kali ini, Bro buat dengan Spectrum Of Life. Just buat pemeriksaan minor, nak buat yang betul-betul, besar pula bajetnya nanti.

Seperti yang Bro agak.

Tekanan darah Bro terlalu tinggi. Lebih tinggi dari kebiasaan.

He…23x Nampak gaya kena cari kerjaya baru secepat mungkin ini. Mana nak cari sijil degree ek? Tak ingat letak mana, sebab masa habis konvo dulu just simpan je (waktu itu belum kahwin lagi).

Lagipun tak pernah guna sijil tue untuk cari kerja.

Rasanya dengan kelayakan pendidikan dan pengalaman kerja yang ada ini.

Maybe boleh demand gaji tinggi dari jumlah pendapatan yang Bro dapat setiap bulan. Tapi itu la, bukan nak memilih kerja. Tetapi tiada pekerjaan yang sesuai, kalau tidak, kena start dari bawah dengan “Zero Knowledge”

Bicara Bro : Kematian boleh dijemput dimana-mana. Kadangkala bukan kerana faktor kesihatan, cuma ajalnya dah sampai walaupun usia masih muda.

Al-fatihah buat arwah Harun Salim Bachik yang baru pergi meninggalkan kita petang semalam sewaktu berhenti di RnR Gunung Semangol, Perak.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

10 thoughts on “Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Secara Kerap

  1. Assalammualaikum… bro,

    Insaallah.. moga bro sihat selalu dan diperluaskan rezeki dan sentiasa ceria berblog .. Amin.

    mselim3

    pls: mselim3 kena check kesihatan gak nie… umur 35 tahun dahh… hehehe

  2. Semoga bro sihat sentiasa. Busy dengan event pon kena cari masa untuk rehat taw 🙂

    Iday hari tu pengsan dalam train, doc cakap sebab tekanan darah rendah. Kena banyak minum air. So, memang penting buat check-up ni, kalau boleh every month. Sebab penyakit datang senyap2 and tak diduga.

  3. Bagi pencarum Perkeso yang mencapai umur 40 akan diberikan baucer pemeriksaan kesihatan percuma. Disarankan pergi membuat pemeriksaan untuk mengenal pasti status kesihatan terkini dan penyakit tidak berjangkit.

Leave a Reply

Top