You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Nikmati KFC Zinger Rice Wrap Pada Harga RM4.90

17,446,584 total views, 5,795 views today

Nikmati KFC Zinger Rice Wrap Pada Harga RM4.90

KFC Zinger Rice Wrap RM4.90
KFC Malaysia telah mempekenalkan KFC Zinger Rice Wrap, sajian lazat dan seimbang yang enak dimakan dimana jua anda berada dan pada bila-bila masa.

Menariknya, ia ditawarkan pada harga yang sungguh menjimatkan RM4.90.

Apa lagi? Jom kita ke KFC sekarang….!!!!

Ianya merupakan antara hidangan jenis wraps yang pertama dalam industri restoran perkhidmatan segera yang menggabungkan nasi sebagai inti.

KFC Zinger Rice Wrap RM4.90

Diinspirasikan oleh pelanggan KFC yang menggemari hidangan sihat, ringkas serta menyelerakan. KFC telah mengolah makanan ruji kegemaran rakyat Malaysia untuk mencipta hidangan lazat dan sihat sesuai dengan gaya hidup mereka yang sentiasa sibuk.

Produk ini dicipta khas untuk remaja dan golongan belia yang sentiasa mencari sesuatu yang enak dan mudah dimakan.

KFC Zinger Rice Wrap

KFC Zinger Rice Wrap

KFC Zinger Rice Wrap adalah gabungan kepingan Zinger dibalut dengan tortilla 9-inci berintikan nasi Colonel, sayuran segar seperti tomato, bawang, timun rangup dan sos mayo-limau.

Bagi anda yang mengemari hidangan kombo.

KFC Zinger Rice Wrap Kombo disertakan kentang goreng (saiz biasa dan minuman Mountain Dew saiz biasa) pada RM7.80

** Harga Kombo dan ala carte mungkin berbeza mengikut lokasi.

KFC Zinger Rice Wrap boleh anda nikmati bermula 5 Mac, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my.

KFC Zinger Rice Wrap

Pertandingan Foto #GrumpyNoLunchFace

KFC dengan kerjasama Fly & One FM telah melancarkan pertandingan foto #GrumpyNoLunchFace di Instagram.

Anda digalakkan untuk mengepos gambar dengan “riak wajah kecewa” kerana tidak sempat makan tengahari akibat jadual anda yang terlalu sibuk.

Jangan lupa sertakan hashtag #GrumpyNoLunchFace pada kapsyen gambar anda.

Pemenang yang terpilih akan menerima hadiah menarik dan juga kejutan dari pihak KFC dan stesen-stesen radio ini.

Apa tunggu lagi. Sertailah sekarang.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

8 thoughts on “Nikmati KFC Zinger Rice Wrap Pada Harga RM4.90

    1. Tekak setiap orang berbeza….

      Macam Bro, lebih suka makan nasi ayamnya dari buat yang macam nie. Tapi kalau yang macam nie, senang sikit nak makan sambil buat koje. Tau2 dah habis…

Leave a Reply

Top