April 26, 2024

Cukuran Sempurna Dengan Philips Shaver S9000

Philips Shavers Series 9000
Permukaan muka setiap orang berbeza. Kadangkala sewaktu bercukur, ada bahagian yang agak sukar untuk dicukur.

Bagaimana nak dapatkan cukuran sempurna setiap hari, sekiranya anda ingin mengejar masa dan terpaksa bersiap-siap tergesa-gesa.

Mungkin dengan Philips Shaver S9000 adalah jawapan yang anda cari selama ini.

Philips Shavers Series 9000

Philips Shaver Series 9000 didatangkan dengan beberapa komponen seperti pencukur, pengecas, trimmer, smartclean plus (tempat untuk mencucinya) dan bekas penyimpannya.

Philips Shaver S9000

Philips telah berkerjasama dengan XCOR Space Expeditions, Pakar Perintis Pengembaraan Angkasa Komersial untuk menguji teknologi cukuran elektrik pada persekiranan ZERO-G (Graviti Sifar).

Hasilnya, mereka dapati lelaki boleh mencukur secara sempurna walaupun berada di angkasa lepas.

Biar betul?

Maka terhasilnya Philips Shaver Series 9000.

Dimana ianya mampu memberikan cukuran rapi dimana sahaja anda berada tanpa menjejaskan keselesaan, kawalan dan juga cara cukuran.

V-Track Precision Blades - Philips Shavers Series 9000

Dengan V-Track Precision Blades yang terdapat pada Philips Shaver Series 9000 ini mampu memberi cukuran rapi walaupun permukaan muka yang kurang rata.

Mata pisaunya bebas berputar pada permukaan kulit dimana ianya direka khas untuk memotong dengan 8 arah yang berlainan.

Mungkin anda tidak akan menghadapi masalah atau kesukaran untuk mendapatkan posisi yang sesuai sebelum melakukan cukuran pada muka anda.

Anda mampu lakukan cukuran walaupun anda tengah bergerak, memandu ataupun terapung di udara (macam melampau sesangat bunyinya, Tapi itu apa yang dikatakan oleh Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Pertama Malaysia yang telah menggunakan Philips Shaver Series 9000 ini.

Ianya boleh didapati pada harga diantara RM899 hingga RM1,799 di pasaran. Untuk maklumat lanjut layari laman web : http://www.philips.com.my/c-m-pe/face-shavers

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Cukuran Sempurna Dengan Philips Shaver S9000

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *