17,148,854 total views, 158 views today

Servis Kereta di Citicars Auto Servicing, Paradigm Mall Kelana Jaya

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Citicars Auto Servicing Paradigm Mall, Kelana Jaya
Minggu ini, Bro sekeluarga akan ke Kuantan Pahang untuk bercuti.

So sebelum memulakan perjalanan, Bro telah hantar kereta untuk penyenggaraan di Citicars Auto Servicing, Paradigm Mall Kelana Jaya untuk dapatkan servis terbaik buat kereta anda.

Dalam masa yang sama, Nak pergi shopping dekat Tesco Paradigm Mall.

Eh Shopping?

Yup shopping, malas nak tunggu lelama sewaktu kereta diservis.

Elok sewaktu kereta diservis, kita buat aktiviti yang lebih berfaedah dan gunakan masa menunggu sebaik mungkin.

Itulah budaya yang cuba diperkenalkan oleh pihak Citicars Auto Servicing dimana menyediakan tempat untuk anda menyenggara kenderaan dalam masa yang sama boleh spend masa dengan keluarga dan masa anda tidak dibazirkan begitu sahaja.

Pengalaman Sebenar : Bro pernah hantar kereta ke pusat servis, hampir 4 jam (walaupun telah book awal) untuk disiapkan. Bro sampai mati kutu dekat sana tak tahu nak buat apa.

Surat Khabar dah habis baca, tv tiada cerita best. Nak tidur macam tak selesa, dan teringat kes kawan Bro yang tak selesa bila orang yang duduk dibilik menunggu, tidur sambil berdengkur kuat.

Service Kereta Citicars Auto Servicing

Sewaktu kereta anda sedang diselenggarakan,

Ada bilik khas disediakan sekiranya anda ingin melihat bagaimana kenderaan anda diselengarakan. Atau lihat secara dekat (tetapi tidak digalakkan, takut ganggu kerja mereka).

Atau tinggalkan kenderaan anda di Citicars Auto Servicing, kemudian berjalan-jalan disekitar pusat membeli-belah Paradigm Mall.

Macam Bro, pilih melihat sekejap kemudian meneruskan niat sebenar datang ke sini, iaitu shopping disini.

Rasanya masa yang ada, tidak dibazirkan begitu sahaja. Banyak perkara yang boleh kami lakukan sambil menunggu kenderaan siap diselenggarakan.

Citicars Auto Servicing, Paradigm Mall

Citicars Auto Servicing Paradigm Mall, Kelana Jaya

Bagi anda yang ingin menyelenggarakan kenderaan anda, anda boleh datang ke Citicars Auto Servicing, Paradigm Mall atau cawangan mereka yang berdekatan dengan anda. Info lanjut di http://citicars.com.my/outlet-locations/

Paradigm Mall
Entry A or B, Basement 1, Next to Pillar P13 – 03-7886 7960

Sunway Pyramid
Entry A or C, Basement 1, Pillar R14 – 03-5611 0398

Garden’s Mall
Zone B, P2, Pillar B60A – 03-2282 1266

Empire Shopping Gallery
Entry A or B, Basement 2 – 03-5612 0092

Johor Bahru City Square
(Akan Dibuka Kelak)

Tawaran Istimewa Dari Citicars Auto Servicing Untuk Pembaca Blog

Ada berita baik buat pembaca blog broframestone.com

Pihak Citicars Auto Servicing amat berbesar hati untuk memberikan tawaran menarik buat anda.

Anda boleh menikmati Free Tyre Alignment + Free Tyre Balancing + Free Nitrogen Air yang bernilai RM120 dengan pembelian 1 tayar atau 1 service package.

Dengan syarat anda menggunakan Promo Code ini : BroFramestone

Peringatan : Untuk menikmati promosi ini, anda perlu hubungi CareLine Citicars Auto Servicing: 011-2618 2498 | E-mail: care@citicars.com.my untuk membuat temujanji dan nyatakan Promo Code : BroFramestone

Misi Voucher RM200 Tesco Paradigm Mall

Gambar kami tengah tenang menikmati masa bersama shopping di Tesco Paradigm Mall.

Tak perlu menunggu lama sewaktu kereta sedang diselenggarakan. Dah siap, pihak Citicars Auto Servicing sendiri akan hubungi anda.

Bicara Bro : Ada seorang kenalan, kereta dia tak boleh nak start sewaktu berada di Sunway Pyramid. Selamat tempat dia parking berdekatan dengan  Citicars Auto Servicing, Sunway Pyramid.

Kadangkala bila kita hadapi masalah kenderaan terutama ditempat-tempat begini. Memang susah nak cari pusat servis kereta terdekat untuk membantu.

Dengan adanya Citicars Auto Servicing di tempat-tempat begini. Kita tidak perlu risau lagi. Diharap Citicars Auto Servicing dibuka lebih banyak di mana-mana pusat membeli belah utama di Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 thoughts on “Servis Kereta di Citicars Auto Servicing, Paradigm Mall Kelana Jaya

  1. bagus juga nie..tak ada la bosan kalau terpaksa menunggu lama

    1. Memang tak bosan, sambil kereta kena servis, boleh cuci mata dekat paradigm mall… he..23x

  2. betul la tu… pernah ada pengalaman ngatuk tul menunggu siap servis..

    1. Memang mengantuk, bila xde benda nak dibuat… Lepas nie jom servis kereta dekat Citicars Auto Servicing, Paradigm Mall Kelana Jaya.

  3. wah takde la bosan tgu servis keter
    yg best tu shopping..ahahah iena suke shopping

  4. Bagus jugak idea ni ek. Tak de la mati kutu nak tunggu berjam-jam nak servis kereta bagai.

    Ni boleh bagi idea untuk saya servis kereta masa nak raya nanti. Sambil-sambil servis, sambil shopping. Nak 10 jam pun tak de hal. heheheh

    Thanks Bro Framestone

Leave a Comment