April 20, 2024

Pengalaman Menyertai Pelayaran Islamik Penang – Langkawi – Phuket

Pelayaran Islamik Ustaz Kazim Elias
Alhamdulillah, diberi peluang dan ruang untuk merasai dan menyertai sendiri Pelayaran Islamik baru-baru ini.

Dimana pelayaran yang Bro sertai ini bermula dari Pulau Pinang, menuju ke Langkawi kemudian ke Phuket sebelum berpatah semula ke Pulau Pinang.

Ianya bermula dari 25 – 28 Februari 2015.

Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur (KL Sentral – Lokasi berkumpul) seawal pukul 7.00 pagi bagi mereka yang bergerak dan berkumpul di Kuala Lumpur.

Begitu juga dengan peserta Pelayaran Islamik yang berkumpul di Ipoh.

Pendaftaran & Pengambilan Goodies Bag Buat Peserta Pelayaran Islamik

Kami dikehendaki mendaftarkan diri di Penang Port Swettenhem Pier, Star Cruise pada pukul 2 petang sebelum memasuki Kapal Star Cruise yang sedia menunggu peserta Pelayaran Islamik di sana.

Setiap peserta akan menerima Goodies Bag yang mengandungkan tag peserta, sejadah dengan penunjuk arah kiblat, tasbih dan t-shirt yang perlu dipakai untuk aktiviti tertentu diluar kapal.

Ini bertujuan untuk mudah mengesan dan mengenal pasti peserta bila berada di Langkawi dan juga di Phuket.

Daftar Masuk & Keluar dari Star Cruise Libra – Pelayaran Islamik

Check In Star Cruise Libra Pelayaran Islamik

Setiap peserta perlu mendaftar masuk ke dalam Star Cruise Libra untuk mengikuti Pelayaran Islamik. Begitu juga bila ingin keluar dari Cruise ini.

Setiap peserta akan dibekalkan satu access card, dimana anda perlu menggunakan untuk memasuki bilik, berbelanja diatas kapal.

Ia juga dijadikan passport sementara sekiranya melawat tempat-tempat tertentu (contoh Phuket, Krabi etc) sekiranya datang ke sana menaiki Star Cruise.

Setiap access card tertera nama, bilik dan maklumat untuk rujukan Peserta. Ianya boleh dibawa balik sebagai cenderahati dari pihak Star Cruise.

Safety Drill Star Cruise Buat Peserta Pelayaran Islamik

Safety Drill Pelayaran Islamik Star Cruise Libra

Sebelum memulakan pelayaran, pihak Star Cruise mengadakan latihan keselamatan untuk memastikan semua peserta mengambil berat tentang keselamatan bila berlaku kecemasan sewaktu kapal berlayar.

Langkah keselamatan diterangkan satu persatu oleh pertugas terutamanya cara menggunakan safety jacket.

Safety Drill Pelayaran Islamik Star Cruise Libra

Bukan itu sahaja, mereka diminta bergerak secara berkumpulan dalam keadaan tenang dari kawasan berkumpul hingga ke kawasan luar dimana bot keselamatan disediakan.

Antara Aktiviti Peserta Pelayaran Islamik

Sepanjang pelayaran berlangsung, diselitkan dengan beberapa aktiviti islamik sebagai pengisian untuk setiap Peserta Pelayaran Islamik.

Setiap hari, kami akan bersolat Subuh, Maghrib dan Isya’ berjemaah diatas kapal. Manakala solat Zohor dan Asar di buat di mana lokasi perhentian kami (Langkawi & Krabi).

Solat Berjemaah Atas Kapal Pelayaran Islamik

Solat Berjemaah Atas Kapal Pelayaran Islamik

Solat Berjemaah Atas Kapal Pelayaran Islamik

Aktiviti harian bermula seawal 5.30 pagi dimana Peserta Pelayaran Islamik berkumpul di dek atas untuk Qiyamulail sambil menunggu masuknya waktu Subuh untuk solat berjemaah.

Waktu ini, kapal akan berhenti dan menghadap kearah kiblat. (Selepas solat, kapal akan meneruskan pelayarannya semula).

Tazkirah Ustaz Kazim Elias Pelayaran Islamik

Pelayaran Islamik yang Bro ikuti ini melibatkan Ustaz Kazim Elias.

Kami disajikan dengan tazkirah-tazkirah dari beliau sambil menikmati pemandangan matahari terbit. Tazkirah yang disampaikan penuh dengan pengisian.

Ada sesetengah peserta mengamatinya sehingga meleleh air matanya (Bro juga tidak terkecuali).

Solat Berjemaah Menikmati Pemandangan Matahari Terbit Atas Kapal Pelayaran Islamik

Bila tazkirah berakhir, peserta berpeluang menikmati pemandangan matahari terbit dari atas kapal sambil menunggu waktu sarapan pagi.

Apa yang Bro nampak sewaktu solat jemaah diadakan.

Bukan peserta Pelayaran Islamik sahaja terlibat, bahkan ada juga dari krew kapal dan juga mereka yang turut sama dalam pelayaran ini. Bukan senang nak rasai peluang berjemaah atas kapal ditengah samudera.

Aktiviti Peserta Pelayaran Islamik bukan sahaja terhad diatas kapal.

*** Blogpost ini sedang dikemaskinikan ***

Kawasan Larangan Bagi Peserta Pelayaran Islamik

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa kawasan didalam Star Cruise ini merupakan kawasan larangan bagi peserta Pelayaran Islamik.

Rasanya perkara ini, tak perlu dijadikan isu oleh sesetengah keyboard warrior.

Lagipun peserta Pelayaran Islamik dinasihatkan menjaga tingkahlaku dan kata sebagai Muslim / Muslimah sewaktu berada di atas kapal. Ini kerana, bukan peserta sahaja yang menaiki kapal, bahkan ada pelancong luar dan juga mereka yang bukan islam juga menaiki kapal yang sama.

Segala tingkah dan perbuatan peserta sentiasa menjadi perhatian.

Mungkin melalui akviti yang dilakukan oleh Peserta Pelayaran Islamik boleh menarik mereka mendekati Islam. Siapa yang tahu :)

Sekiranya berminat untuk menyertai Program Pelayaran Islamik™ yang akan datang, anda boleh la mendapatkan maklumat lanjut di

Sekretariat Pelayaran Islamik

No 2.08, Jalan Prima SG 1, Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

No Tel : +603-6185 0010
Fax : +603-61899010
FB : PelayaranIslamik
Laman Web : www.pelayaranislamik.com
Emel: info@pelayaranislamik.com

Ianya sesuai bagi : Mereka Yang Ingin Berhijrah ~ Hadiah Kedua Ibu Bapa ~ Hadiah Cabutan Bertuah ~ Hadiah Korporat ~ Hadiah / Ulang Tahun Perkahwinan.

Anda boleh mendaftar di https://pelayaranislamik.com/daftar/3/step1.php

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Pengalaman Menyertai Pelayaran Islamik Penang – Langkawi – Phuket

  1. Bestnya kalau dapat peluang belayar di atas kapal… Pelayaran Islamik pula tu… Semoga banyak pengisian yang berjaya diperolehi di sepanjang pelayaran tersebut…

  2. alhamdulilah..tahniah terpilih dikalangan yang terpilih..
    mesti kenangan ni paling best kan? sebab belayar sambil mendalami ilmu agama di tengah laut..

    what a lovely moments..

  3. Alhamdulilah…suka tgk bro join aktiviti mcm ni…mmg dah lama tau event ni dari blogger lain, niat dihati nak hadiahkan percutian ni utk my abah dan mama…nak kumpul duit…aminnnnnnn

  4. owh baru gua tau rupanya ada yang bukan Islam pun ada sekali dalam pelayaran tue…mungkin ini juga salah satu cara untuk dekatkan Islam kepada mereka…menarik pengalaman bro nie

  5. alhamdulillah akhirnya jumpa cara macamana nak joint pelayaran islamik ni. tempoh hari ada menonton di tv. tapi tak ingat tv berapa. pelayaran dengan UKE ke langkawi. insya Allah ada rezeki nak joint bawa ibu bapa sekali.

Leave a Reply to nurul jam anticlockwise Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *