You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Majlis Pelancaran 2015 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix™

Majlis Pelancaran 2015 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix™

Majlis Pelancaran 2015 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix™
2015 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix™ telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib di Symphony Lake Suite @ KLCC.

Ianya bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 27-29 March 2015.

Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali dan Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Liz Kamaruddin.

Hadir dengan tema “Experience F1 Like Never Before”, diharapkan dapat menarik keluarga dan kanak-kanak menjadikan Litar Antarabangsa Sepang sebagai lokasi riadah bersama keluaga sambil menonton perlumbaan F1.

Trofi Kemenangan untuk 2015 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix™ yang diukir oleh Royal Selangor.

Pada majlis ini juga, turut didedahkan design terbaru bagi Trofi Kemenangan untuk 2015 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix™ yang diukir oleh Royal Selangor.

Ianya merupakan trofi ke-8 yang direka khas untuk perlumbaan ini oleh Royal Selangor sejak pertama kali ianya dianjurkan pada tahun 1999.

Tiket untuk menonton perlumbaan ini boleh diperolehi serendah RM80.

  • Main Grandstand RM340 – RM1,770
  • Tower RM440
  • Grandstands F and K1 RM280 – RM660
  • Hillstand tickets RM80 – RM160

Tiket anda boleh perolehi secara online di www.sepangcircuit.com atau hubungi SIC Ticket HOTLINE – 03-8778 2222

********

Zainal Abidin Majlis Pelancaran 2015 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix™

Pada majlis ini, tetamu turut disajikan dengan persembahan dari Zainal Abidin.

Bicara Bro : Bro peminat F1 sejak tahun 1999 hingga kini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

4 thoughts on “Majlis Pelancaran 2015 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix™

Leave a Reply

Top