Wan Aishah Wan Nawawi - Generasi Ketujuh Mahsuri
Bertemu dengan Wan Aishah Wan Nawawi atau nama Siamnya ialah Sirintra Yayee.

Mungkin ada tidak mengetahui siapa sebenarnya yang Bro temui ini. Beliaulah generasi ketujuh keturunan Mahsuri yang pernah menjatuhkan sumpah keatas Pulau Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur.

Boleh tak korang recall

Mungkin bagi anda mengetahui sejarah silam Pulau Langkawi mengetahui tentang mitos ini.

Alhamdulillah

Bro dapat bertemu dengan beliau dan juga suaminya Alee Tongyon (ala dia dah kahwin) di Phuket, Thailand sewaktu menyertai Pelayaran Islamik tempoh hari.

Keturunan Ketujuh Mahsuri – Wan Aishah

Wan Aishah Wan Nawawi - Generasi Ketujuh Mahsuri

Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.

Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.

Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.

Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

Pemegang Ijazah Komunikasi Ramkamseng Universiti Bangkok akan memenuhi impiannya menjadi wartawan walaupun setelah bergelar isteri

Sumber : Utusan Malaysia

Wan Aishah Wan Nawawi - Generasi Ketujuh Mahsuri

Gambar beberapa peserta Pelayaran Islamik bergambar dengan Wan Aishah dan suaminya.

Waktu tempoh hari, Bro nampak pasangan ini duduk bersama dengan VVIP. Tetapi tidak terlintas difikiran Bro untuk bertanya siapakah gerangannya mereka ini.

Sekali, pengerusi majlis memperkenalkan Wan Aishah selaku keturunan ketujuh Mahsuri, kebanyakan peserta Pelayaran Islamik teruja bila mengetahuinya.

Bagaimanapun, ramai yang kecewa bila mengetahui yang beliau sudah berumah tangga.