You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > Baik Buruknya Sebar Fitnah Di Laman Sosial

Baik Buruknya Sebar Fitnah Di Laman Sosial

Bahana Fitnah Umat Akhir Zaman
Pernahkah anda terfikir atau terdetik seketika didalam hati anda bila berkongsi sesuatu dilaman sosial walaupun dengan niat baik mampu mengundang fitnah.

Memang niat kita hanya ingin berkongsi (mungkin sebab ianya viral atau macam seronok untuk diperkatakan) tetapi disalah anggap oleh orang lain, maka ianya disalah ertikan pleh sesetengah pihak sebagai fitnah.

Paling ketara bila ianya di sebarkan tanpa merujuk balik kepada sumber asal (yakni anda sendiri).

Mungkin niat anda hanya untuk bergurau atau berkongsi cerita.

Tetapi dunia tanpa sempadan kini tidak hadnya maklumat yang dikongsikan oleh anda dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Silap hari bulan, ianya akan ditujukan kembali kepada anda (selaku orang yang memulakannya).

Tau-tau je, anda pula yang dikenakan tindakan undang-undang.

Eh….!!! Pelik bukan…

Tapi ada juga kebenarannya.

Teringat kes kenalan di Facebook dikenakan tindakan undang-undang apabila menyebarkan maklumat palsu di laman sosialnya ketika negara dilanda banjir besar baru-baru ini.

Sedangkan maklumat palsu yang dikongsikan beliau datang dari sumber yang tidak sahih. Tak pasal-pasal nama dia naik dan pihak berkuasa terus mengambil tindakan.

Penyebaran Fitnah di Akhir Zaman

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang.

Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS, Whatsapp, WeChat etc), laman sosial dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.

Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah.

Mungkin bagi kita yang muda-muda ini, tidak mudah percaya 100% dengan maklumat yang disebarkan. Tapi tidak bagi golongan lama yang baru berjinak-jinak dengan teknologi terkini.

Bro sendiri boleh nampak golongan ini, lebih mudah terpengaruh dan lebih mudah percaya lalu menyebarkannya.

Allah SWT telah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah.

Firman-Nya yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Bro tertarik dengan satu artikle “Tidak Puas Hati”yang ditulis oleh seorang sahabat Bro di laman sosial.

Bro kongsikan dibawah untuk anda baca dan kongsikan supaya kita dan orang terdekat dengan kita tidak tergolong dalam golongan yang menimbulkan atau mencetuskan fitnah.

Tidak Puas Hati by Khairul Hakimin Muhammad

Tidak Puas Hati

Tips Membuat Aduan

Kes 1.

Kami makan di sebuah café kek bertaraf ‘mahal’. Sesudah dua kali memesan minuman, minuman masih belum sampai. Masuk kali ke tiga, pelayan datang kepada kami mengatakan minuman tersebut tidak ada, dan kami menukar pilihan minuman.

Kami bertanya mana pula kek? Jawabnya sekejap lagi.

30 minit berlalu, kek dan minuman masih belum sampai. Saya menuju ke kaunter dan bertanya kenapa makanan dan minuman kami belum sampai. Jawabnya kami kekurangan staf dan dia berharap saya bersabar.

Minuman pun sampai, tetapi yang sampai ialah minuman yang dikatakan tidak ada tersebut. Sekali lagi saya bertanya kepada kaunter apa yang terjadi. Pihaknya jawab, Encik Boleh Sabar Tak???!! Dengan nada marah.

Saya terus buat bayaran dan keluar.

Sampai di rumah, saya menghantar emel ke pusat (HQ) syarikat ini. Memaklumkan dengan terperinci kejadian seperti itu berlaku di café mereka yang bertaraf dunia. Saya amat-amat kesal dengan kejadian seperti itu dan amat berharap pihak mereka menyiasat dan memperbaiki perkhidmatan.

Belum cukup seminggu, saya dihubungi oleh mereka dan saya dihadiahkan kek dan bunga. Kes selesai dan tutup tanpa media dan media sosial. Dan kami juga selesa untuk pergi kembali ke sana.

Kes 2.

Jiran-jiran kerap kali bercakap mengenai longkang sumbat (saya juga). Oleh yang demikian banyaklah anasir tidak elok berlaku. Berlaku juga longkang yang punya air bersih bertakung, denggi pula merebak-rebak.

Rakan sekerja memaklumkan yang kita boleh membuat aduan kepada Majlis Perbandaran. Oleh yang demikian saya terus membuat aduan melalui online.

Aduan diterima kurang 24 jam, semua lorong yang punya longkang tersumbat dicuci bersih dan semua jiran seronok dengan tindakan mereka (Majlis Perbandaran).

Sekali lagi tidak guna media dan tidak guna media sosial. Guna jalan yang betul.

Kes 3.

Sedang enak makan nasi campur di sebuah kedai makan, tiba-tiba terjumpa plaster luka. Elok sahaja melekat di sebalik ayam goreng.

Saya cepat-cepat membawa pinggan ke kaunter dan memaklumkan kepada pemiliknya. Pemiliknya memohon maaf berkali-kali dan merayu supaya tidak dihebahkan. Saya tidak kata apa-apa cuma senyum kelat. Untuk ambil nasi baru juga sudah tidak ada selera.

Saya pulang dengan berat hati yang amat sangat (nak sangat cerita di media sosial masa ini).

Tiba-tiba saya berfikir yang abang saya juga punya restoran di kampung. Saya juga dalam industry makanan.

Banyak faktor yang boleh menjadikan plaster tersebut ada di dalam pinggan.

  1. Tukang masak luka. Mungkin plasternya tercabut semasa menggoreng. Mereka jual lauk ayam, bukan plaster ayam. Mereka juga tidak mahu ada plaster dalam lauk ayam.
  2. Mungkin juga ada sabotaj kepada tukang masak. Manalah tau mereka bergaduh-gaduh, salah seorang pekerja mensabotaj pekerja lain. Masalah dalaman la katakan.

Ha cukuplah beri dua kemungkinan. Lebih-lebih nanti jadi buruk sangka pula. Oleh yang demikian saya berfikir yang pemilik tadi sudah menerima teguran yang saya berikan. Saya juga diamkan diri dan berharap sangat-sangat perkara itu tidak lagi berlaku.

Dan saya juga berharap keluarga saya dan saya sendiri tidak diperlakukan begitu (dihebahkan ke media / media sosial).

Begini kawan-kawan,

Dalam seharian kehidupan kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Courier tak sampai, air paip tiba-tiba hitam, sedang asyik menonton tiba-tiba eletrik tidak ada dan berbagai-bagai lagi musibah moden yang kita terima.

Sebelum bertindak, fikir dahulu bagaimana masalah tersebut boleh diselesaikan dengan baik. Boleh dikatakan semua syarikat menyediakan khidmat pelanggan.

Tanya dahulu baik-baik sebelum mahu marah.

Begini:

  1. Dalam membuat aduan, jangan dahulukan perasaan. Dahulukan ilmu dan pengetahuan. Jika didahulukan perasaan, bimbang-bimbang akan berlaku perkara tidak baik kepada yang di adu. Niat asalnya ialah untuk memaklumkan kesilapan / kesalahan yang dibuat. Bukan untuk menghancurkan terus mereka. Kadang-kadang kita merasa kita adalah pelanggan, oleh yang demikian, kita adalah raja yang bertakhta kepada peniaga. Perlu beringat yang kita juga manusia yang ada agama. Agama kita tidak mengajar untuk kurang ajar sekiranya kita berhadapan dengan masalah sebegini.
  2. Bertenang dan relaks. Ambil nafas panjang dan beredar. Jika perlu terus membuat aduan kepada pemilik, terus buat. Jika nampak situasi tidak mengizinkan, gunakan emel dan talian hayat yang lain. Banyak cara yang boleh dibuat tanpa perlu bertempur di medan peperangan. Bayangkan, kita ada restoran sendiri. Kita sudah jaga kebersihan sana sini, segala-galanya terkawal. Tiba-tiba suatu hari ada seekor lipas dalam pinggan pelanggan. Adakah kita juga mahu pinggan dan papan tanda restoran kita terpampang di dada akhbar dan facebook? Tak mahu kan? Oleh yang demikian, buatlah tindakan bijak dalam memberi aduan.
  3. Memang benar, ada aduan yang memerlukan media seperti kes penipuan umrah, emas dan banyak lagi. Yang itu cerita bab lain, memang diperlukan keluasan media bertapak di minda pelanggan. Fikir sebelum bertindak. Jangan cepat mahu dapat like dan komen beratus ribu semata-mata berjaya merakam detik kesusahan orang lain.

Orang berniaga tembikai, mahu tembikainya merah dan manis. Tetapi dalam 100 biji yang diniagakan ada 1 biji yang masam dan berwarna pink panter, elok pula orang itu upload di facebook dan habislah perniagaannya. Kasihannya beliau.

Orang berniaga makan memang mahu berniaga makan, bukan menjual lauk lalat. Jika sampai musim banyak lalat, tak usah ke kedainya. Masaklah sendiri dan jangan pula memburuk-burukkan kata kotor dan sebagainya selagi tidak nampak dengan mata sendiri.

Ha begitulah.

Kita ada akal, fikir baik-baik. Zaman ini orang suka marah-marah, lepas tu malu tak sudah. Haih.

Sekian,
Wassalam.
Khairul, – Facebook Beliau (https://www.facebook.com/khairulhakimin.muhammad)
Bukan Hero.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

11 thoughts on “Baik Buruknya Sebar Fitnah Di Laman Sosial

  1. kalau ada bukti kukuh, tak apa.

    kalau bukti yang diada-adakan, itu tidak baik.

    kalau takde bukti kukuh..tak payah nak kasi viral kat facebook.

    hidup ni mudah aje.

  2. Tak ada baiknya apun menyebar firnah ni. Apa yang khairul bagi tahu memang betul sangat. Kekadang saya bengang dengan orang yang suka mengadu/megherdik di media soaial ni dengan share quote/hadis yang berkaitan situasi tersebut. Nak tegur taku kena tempelak pulak huhuu..

    Tapi saya nak share emel saya dengan satu embassy ni dalam blog sebab OIC jawab macam dot dot dot

  3. Betul tu, sebelum nak share sesuatu kena fikir dulu outcome dia macam mana. Kalau boleh selesai tanpa social media, better selesaikan cara baik. dua-dua pihak sama-sama puas hati. Kadang-kadang kita terlalu ikut perasaan. Iday pernah tak puas hati pada 1 pihak, karang ayat punya baik dekat facebook. Lepas tu terfikir, wajar ke buat macam tu. Bila nak selesai, bukan dapat apa kalau luah dekat facebook. terus delete. Hahahaha

  4. Fakir qobla an’takzima berfikirlah sebelum berkata…
    Sekarang ini emang marak fitnah di media sosial jadi kalau nak, lakukan sesuatu harus pikir dulu agar tidak ada fitnah….

  5. Tepat tindakan ini. Dari kita nak gebang dan sebar benda yang buruk ja, akan mendatangkan fitnah bila kita sendiri tak selidik perkara yang sebenarnya.

    *benda buruk laju je sebar, macam mami jarum.

Leave a Reply

Top