Selfie Majalah Libur Blog O'Rama
Tak sangka aksi gua selfie bersama Team Majalah Libur telah dipaparazikan kemudian disiarkan dalam Majalah Libur edisi Februari.

Kalau gua tak beli dan tengok sendiri Majalah Libur edisi Februari ini, mesti gua tak tahu tentang perkara ini.

Patut la ada sesetengah blogger yang hadir pada Majlis Pelancaran Blog O’Rama tempoh hari cakap gambar gua kena frame dalam Majalah Libur.

Ingatkan mereka bergurau.

Rupanya ada kebenarannya. Walaupun gambar itu kecil je dalam Majalah, tetapi nampak menyerlah he…23x Ke sebab saiz gua yang terlalu menyerlah?

Majlis Pelancaran Blog O’Rama

Tempoh hari, gambar Selfie Keluarga Mertua Masuk Astro Awani. Kali ini, gambar gua pula. Jadi la masuk majalah.

Sepatutnya kisah gua dan Baby Fisha keluar majalah awal tahun ini (sewaktu kena interview bulan November lepas). Tapi sampai sekarang tiada khabar berita. Tak pe la, Bukan rezeki gua. Maybe sebab cerita gua xde yang best pun nak dikongsikan dalam majalah he..23x

Nak tengok muka siapa lagi yang ada dalam Majalah Libur edisi Februari ini? Usha dekat blog ini.