April 25, 2024

RM200 Untuk Permohonan Pasport Antarabangsa Malaysia Untuk 5 Tahun

Passport Malaysia AirAsia  Travel BloggerBerita baik buat kaki-kaki travel termasuk backpacker dan juga travel blogger.

Kadar bayaran passport terkini mulai 15 Januari 2015 dah semakin murah.

Bayaran bagi permohonan pasport antarabangsa Malaysia bagi warga berumur 13 hingga 59 tahun untuk tempoh lima tahun diturunkan daripada RM300 kepada RM200.

Manakala permohonan pasport antarabangsa untuk tempoh dua tahun dengan bayaran RM100 adalah dimansuhkan.

Tertiba rasa menyesal pulak renew passport tempoh hari untuk tempoh dua tahun sewaktu travel ke Indonesia under AirAsia Indonesia.

Ini tertiba rasa macam ringan jari nak check promosi dekat laman AirAsia.

FamTrip Bersama AirAsia Indonesia

Dengar cerita MAS dan Malindo juga tengah rancak mengadakan promosi pada harga murah.

Adeh….!!

Kena tengok balik bajet belanjauan bagi tahun 2015 untuk keluarga Bro. Rasanya, hanya mampu pergi dekat-dekat sana. Harap ada peluang untuk pergi lebih jauh.

Kadar bayaran bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah pula serta jemaah haji ialah RM100.

Kenapa la mereka lambat umumkan ek?

Kedua ibu bapa Bro baru sahaja buat passport minggu lepas untuk menunaikan haji pada tahun ini. Kalau diberitahu awal, Bro mintak mereka buat untuk 5 tahun dan Bro boleh rancang percutian untuk keluarga juga.

Bagi permohonan Orang Kelainan Upaya (OKU) kekal percuma.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “RM200 Untuk Permohonan Pasport Antarabangsa Malaysia Untuk 5 Tahun

  1. Bersyukur tetap bersyukur, walaupun sekeluarga pun baru renew paspot tahun lepas. Mungkin setelah insiden kapalterbang pelbagai dalam 2014 menyebabkan kerajaan mahu menggalakkan kita melancong ke luar negeri…

Leave a Reply to Khir Khalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *