Berita baik buat kaki-kaki travel termasuk backpacker dan juga travel blogger.
Kadar bayaran passport terkini mulai 15 Januari 2015 dah semakin murah.
Bayaran bagi permohonan pasport antarabangsa Malaysia bagi warga berumur 13 hingga 59 tahun untuk tempoh lima tahun diturunkan daripada RM300 kepada RM200.
Manakala permohonan pasport antarabangsa untuk tempoh dua tahun dengan bayaran RM100 adalah dimansuhkan.
Tertiba rasa menyesal pulak renew passport tempoh hari untuk tempoh dua tahun sewaktu travel ke Indonesia under AirAsia Indonesia.
Ini tertiba rasa macam ringan jari nak check promosi dekat laman AirAsia.
Dengar cerita MAS dan Malindo juga tengah rancak mengadakan promosi pada harga murah.
Adeh….!!
Kena tengok balik bajet belanjauan bagi tahun 2015 untuk keluarga Bro. Rasanya, hanya mampu pergi dekat-dekat sana. Harap ada peluang untuk pergi lebih jauh.
Kadar bayaran bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah pula serta jemaah haji ialah RM100.
Kenapa la mereka lambat umumkan ek?
Kedua ibu bapa Bro baru sahaja buat passport minggu lepas untuk menunaikan haji pada tahun ini. Kalau diberitahu awal, Bro mintak mereka buat untuk 5 tahun dan Bro boleh rancang percutian untuk keluarga juga.
Bagi permohonan Orang Kelainan Upaya (OKU) kekal percuma.
Baguslah sudah turun harga.
Nampak gaya kena rancang percutian dengan keluarga…. Alang-alang…
murah ya kalau di sini sekitar 250 RM
passport bln 3 ni dah expired… yeahhh… boleh renew dgn harga baru…
Untunglah siapa2 yg buat pasport tahun ni.. murah dah..
Wah best kalau melancong nih huhu..
makin murah…aku nak kena buat passport la macam nie…hahaha
Harga passport turun bagus & dpt menggalakkan rakyat utk ke luar negara..Tp masalahnya nilai MYR teruk menyusut berbanding nilai matawang utama dunia..
Bersyukur tetap bersyukur, walaupun sekeluarga pun baru renew paspot tahun lepas. Mungkin setelah insiden kapalterbang pelbagai dalam 2014 menyebabkan kerajaan mahu menggalakkan kita melancong ke luar negeri…
Teringat pasport da mati, buat mase skrg xde plan nk keluar, tapi mane tau rezki, kene usaha lebih ni…