You are here
Home > Iklan > Advertorial > Produk Mesra Alam Dan Jimat Tenaga Dari Mitsubishi Eletric

Produk Mesra Alam Dan Jimat Tenaga Dari Mitsubishi Eletric

Mitsubishi Electric Parenting Blogger Bro Framestone
Kepada anda yang masih-masih tercari barangan elektrik untuk seisi rumah anda.

Hari ini, Bro ingin memperkenalkan beberapa produk elektrik dan elektronik dari Mitsubishi Eletric buat anda. Mana tahu ada yang berkenan di mata anda.

Bro akui, ramai yang berkira-kira bila nak memilih barangan elektrik,

Lagi-lagi bila anda inginkan sesuatu yang berjenama, tahan lama dan mampu dimiliki. Paling penting menarik dan ideal dengan design rumah anda.

Lawatan Sambil Belajar di Mitsubishi Electric

Baru-baru ini, Bro dan beberapa rakan telah dijemput menghadiri ‘Mitsubishi Electric Product Seminar For Bloggers’ bertempat di Pejabat Mitsubishi Eletric di Petaling Jaya untuk melihat sendiri produk terkini dari mereka.

Mereka memperkenalkan 4 produk terbaru Mitsubishi electric iaitu Penghawa Dingin(Inverter), Peti Ais(Inverter), Kipas Angin(R18) dan Ventilator.

Aircond Mitsubishi Electric

Melalui seminar dari Mitsubishi ini,

Ianya dapat memberikan ilmu yang berguna untuk membuat keputusan memilih produk yang cekap guna tenaga, mempunyai ciri-ciri jimat tenaga, tahap keselamatan, tidak memberikan kesan rumah hijau, berkualiti dan tahan lasak.

Jika sebelum ini, Bro selalu beli barang ikut harga dan jenama. Selepas ini, lebih banyak faktor perlu Bro ambil kira sekiranya ingin membeli sesuatu terutama produk elektrik.

Mitsubishi Electric MEPS – Minimum Energy Performance Standard

Produk yang diperkenalkan agak terkini dari aspek teknologi serta menepati piawaian keselamatan SIRIM dan ‘Premium Safety’ dibawah penyeliaan Green Industry Award.

Setiap produk keluaran Mitsubishi Electric juga menawarkan kos penjimatan penggunaan tenaga eletrik yang minimum (MEPS – Minimum Energy Performance Standard) bertepatan dengan piawaian Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Penghawa Dingin (Aircond) Mitsubishi Eletric

Penghawa Dingin Aircond Mitsubishi Eletric

Penghawa dingin (aircond) Mitsubishi Electric dilengkapi dengan sistem 3D i-see sensor, berupaya mengawal tahap suhu kesejukan agar kita sentiasa berkeadaan terkawal dan selesa.

Ia juga dilengkapi sistem pembersihan udara ‘Plasma Quad – plasma-based filter sistem’ yang menapis habuk, bakteria, virus, elergi agar ruang anda sentiasa bersih, segar dan nyaman secara semulajadi.

Membuka dan menyelengara sendiri penghawa dingin Mitsubishi Electric

Apa yang menariknya sewaktu Seminar ini,

Kami diberi peluang untuk membuka dan menyelengara sendiri penghawa dingin mereka dalam tempoh beberapa minit. Ianya tidak sukar untuk dilakukan walaupun buat wanita.

Dengan penggunaan Inverter Super Deluxe Mitsubishi berkuasa dan cekap pengunaan tenaga, membolehkan bil elektrik anda mampu dikurangkan sehingga 45%.

Alat Pengering Tangan Jet Towel Mitsubishi Eletric

Alat Pengering Tangan Jet Towel Mitsubishi Eletric

Mungkin selama ini, sekiranya anda pergi ke tandas di mana-mana komplek membeli belah ataupun di lapangan terbang.

Model seperti ini biasa anda jumpai.

Ianya pantas mengeringkan tangan anda sebelum anda keluar dari tandas. Boleh request bos anda untuk meletakan ianya di tandas pejabat anda.

Alat Pengering Tangan Jet Towel Mitsubishi Eletric

Ianya mampu mengeringkan tangan anda dalam tempoh masa 5-6 saat sahaja.

Paling penting, ianya mesra alam dan dapat mengurangkan kos pengunaan kertas tisu towel. Memang kering sepenuhnya dan tidak meninggalkan kesan basah pada tangan anda.

Fan Mitsubishi Electric

Tatami Fan Mitsubishi Electric

Pemilihan kipas yang bersesuaian dengan ruang dalam rumah juga perlu kita titik beratkan. Ianya bukan sahaja membantu pengaliran udara bahkan memberi keselesaan kepada semua.

Oleh itu, Mitsubishi Electric Malaysia telah mengeluarkan pelbagai jenis kipas elektrik untuk kegunaan awam. Jenis – jenis kipas dan spesifikasi setiap kipas boleh dilihat seperti berikut :

Tatami Fan Mitsubishi Electric

Maklumat lanjut anda boleh layari http://www.mitsubishielectricmalaysia.com/products

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

9 thoughts on “Produk Mesra Alam Dan Jimat Tenaga Dari Mitsubishi Eletric

  1. Ramai pengguna yang sudah mula mempunyai kesedaran untuk mencari produk yang kurang memberi kesan kepada alam dan menjimatkan. Satu usaha harus di puji pada Mitsubishi mempunyai komitmen tinggi memastikan produk-produk keluarannya menikmati ciri-ciri hijau dan berkualiti tinggi.

  2. Assalammualaikum…. bro,

    mselim3 ada beli barangan yang jimat tenaga nie… di masa star tu mewakili penjimatan yang lebih baik dan mesra alam.. macam aircond mitsubishi nie… tidak mengeluarkan gas CPC ke udara yang menyebabkan pencemaran udara…

    mselim3

  3. Barangan dari jenama Mitsubishi memang tahan lama dan tahan lasak. Mesra alam itu penting dan designnya betul betul simple tetapi menarik. Suka barangan elektronik dari Mitsubishi

Leave a Reply

Top