You are here
Home > Iklan > Pendaftaran “1600 Pandas Adoption” Kini Dibuka

17,281,377 total views, 2,907 views today

Pendaftaran “1600 Pandas Adoption” Kini Dibuka

1600Pandas MY Tiba ke Malaysia
Masihkah anda ingat lagi tentang Jelajah Dunia 1600 Panda di Malaysia?

Bagi yang tidak mengetahuinya, anda boleh baca artikle Jelajah Dunia 1600 Panda di Malaysia yang Bro pernah kongsikan di blog ini.

Malaysia merupakan destinasi ketiga di Asia yang menjadi lokasi perhentian Siri Jelajah Dunia 1600 Pandas selepas Hong Kong dan Taiwan.

Panda-panda yang comal ini telah memulakan perjalanan mereka ke lebih 15 lokasi ikonik di seluruh Malaysia bermula 21 Disember 2014 hingga 25 Januari 2015.

Bro sempat melawat mereka sewaktu mereka singgah di Dataran Merdeka dan juga Tugu Negara.

Bagi mereka yang terlepas menemui mereka sebelum ini,

Anda boleh datang ke Pameran Jelajah Dunia 1600 Pandas di Malaysia yang berlangsung di Publika dari 13 hingga 25 Januari 2015 dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Pendaftaran “1600 Pandas Adoption” Kini Dibuka

1600 Paper Mache Pandas MY Adoption
Adakah anda ingin membawa pulang salah satu Pandas yang comel ini?

Baiklah! Inilah saat yang dinantikan. Pendaftaran untuk “1600 Pandas Adoption” akan bermula, 15 Januari 2015 pada pukul 1 tengahari.

Untuk berlaku adil pada semua, pendaftaran berdasarkan siapa yang terawal, selagi stok masih ada! Bersiap sedia esok pada pukul 1 tengahari.

Sila rujuk proses pendaftaran dibawah.

  1. Log masuk http://1600pandasmy.com/ dari 15 Januar1 2015 pukul 1 tengahari.
  2. Masukan nama anda, No MyKad (6 digit terakhir), No untuk dihubungi dan alamat e-mel.
  3. Setiap seorang hanya boleh memiliki maksimum 1 (satu) panda untuk 1 (satu) jenis panda. Setiap jenis panda akan dipilih secara rawak.
  4. Permohonan yang berjaya akan diberitahu melalui e-mel yang telah disahkan dengan ID tempahan, jumlah dan cara pembayaran (Perbankan Dalam Talian atau ATM Deposit TUNAI).
  5. Setiap pemohonan perlu melakukan pembayaran sebelum tarikh akhir untuk pengesahan pengambilan. Sila simpan slip bank-in atau resit transaksi dalam talian untuk tujuan pengesahan.
  6. Selepas selesao, e-mel yang mengandungi ID pengesahan akan dihantar kepada pemohon.
  7. Mereka yang telah selesai membuat pembayaran boleh mengambil panda mereka pada 25 Januari 2015 (Ahad), dari pukul 3 petang hingga 9 malam di Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur, dengan mempamerkan bukti identiti anda (contoh MyKad), cetakan e-mel ID pengesahan, slip bank-in slip atau resit transaksi untuk tujuan pengesahan. Khidmat penghantaran tidak disediakan.

Setiap kutipan akan disalurkan kepada WWF Malaysia untuk tujuan pemuliharaan.

Klik SINI untuk versi English.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “Pendaftaran “1600 Pandas Adoption” Kini Dibuka

  1. Mesti merebut2 org nak adopt panda ni. Bila tengok jumlah panda tu berbanding dgn lokasi jelajahnya, macam tak cukup je 1600 panda tu. Pasti ramai lagi yg berebut2 nak dapatkan.. 😀

Leave a Reply

Top