March 29, 2024

Minyak Turun, Tapi Rakyat Tetap Naik Minyak

Subsidi Minyak Malaysia
Berkuat kuasa 1 januari 2015, harga petrol RON95, RON97 dan diesel di pasaran Malaysia telah disemak semula kepada RM1.91, RM2.11 dan RM1.93.

Walaupun harga petrol dan diesel dipasaran mulai turun beberapa bulan ini. Harga makanan yang dijual oleh sesetengah peniaga di Malaysia tetap juga tidak berkurangan. Oh, itu hak mereka.

Sedangkan dulu,

Mereka menaikkan harga makanan atas alasan harga minyak naik. Bila harga minyak turun, belum ada peniaga yang bertindak menurunkan harga mereka.

Ada antara mereka yang menuding jari dan menyalahkan pembekal bahan mentah kerana mengenakan kos penghantaran pada kadar yang sama walaupun harga petrol telah turun.

Harap ada pihak yang memantau harga siling makanan yang dijual.

Nasi Campur - Kangkung

Teringat lagi, peristiwa beli nasi bungkus. Menu pilihan hanya ayam kari dan kangkung goreng belacan.

Kalau dekat tempat lain, rasanya boleh dapat dalam RM4 or RM4.50. Paling mahal Bro kena pun RM5 (sebab nasi tambah). Cuma dekat sini, Bro kena RM6.

Nak kata kedainya bagus,

Situ je la kedai melayu yang ada. Tiada la bersih sangat. Tapi minggu seterusnya dapat notis dari Majlis Pembandaran suruh dia tutup sebentar. Sebab premis terlalu kotor.

Dan Bro pernah keracunan makanan lepas makan dekat kedai ini. Bukan Bro sorang je.

Macam mana la kita nak bantu sesama Melayu ini kan. Sedangkan Melayu buat taik sesama sendiri sebab nak kejar keuntungan.

Bicara Bro : Minyak naik, orang start naik minyak. Harga minyak turun, orang tetap naik minyak.

Tertiba dapat mesej dari tuan rumah kata nak up harga sewa rumah tahun ini. Tidak lupa juga dengan pengasuh kanak-kanak dekat kawasan ini. Tak pasti sebab harga minyak or sebab GST.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Minyak Turun, Tapi Rakyat Tetap Naik Minyak

  1. Bukan senang harga yg dah menjulang-julang naik tu nak turun….
    tobatlaaa….

    baru harga minyak turun sikit, tokei stesen minyak dah komplen naik bankrap!

  2. ada yang terpaksa naik sebab kos naik.. ada yang ambil kesempatan naik & yang pasti tak ramai yang ambil kesempatan turun bila harga turun. depa akan buat bodoh jer….

  3. Malam tadi selepas selesai menunaikan solat Isyak berjemaah, saya sempat berbincang tentang isu ini bersama jiran-jiran saya…

    Ada kebenarannya apa yang diperkatakan oleh jiran saya… Sebelum kita nak suruh peniaga-peniaga menurunkan harga jualan, terlebih dahulu pihak kerajaan perlu menurunkan harga barangan kawalan seperti tepung, gula, ayam dan sebagainya…

    Bila barangan kawalan ni dah turun, In Shaa Allah peniaga lain juga akan menurunkan barang jualan mereka… Sebab keperluan asas ini mempengaruhi kos menghasilkan barang jualan mereka terutamanya makanan..

    1. Boleh jadi juga… Bro pun kurang alert dengan harga barangan kawalan..

      belum lagi kes, ada orang tengah yang menyimpan barang kawalan untuk meningkatkan pemintaan pasaran sehingga harganya naik, baru mereka keluarkan.

  4. Harga makanan tetap takde penurunan.. sama je baik masa harga minyak naik mahupun ketika harga minyak turun la ni.
    Bertabahlah Bro dalam kenaikan harga pada sewa rumah dan pengasuh.
    Saya pulak.. harga minyak dah turun tapi transportation anak ke sekolah naik harga pulak.. eemm..

  5. takut nanti ada alasan naik barang sebab banjir pulak, dlm ramai yg naikkan harga, masih peniaga mampu beri harga rendah/biasa, itu jadi tandatanya betulkan patut naik harga makanan.

    1. kalau sebab itu, memang berada diluar kawalan sekiranya barang yang ada pun tidak mencukupi…

      Tapi kalau dah berbulan banjir tamat, tapi harga tetap naik juga… memang ramai yang naik minyak la

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *