Subsidi Minyak Malaysia
Berkuat kuasa 1 januari 2015, harga petrol RON95, RON97 dan diesel di pasaran Malaysia telah disemak semula kepada RM1.91, RM2.11 dan RM1.93.

Walaupun harga petrol dan diesel dipasaran mulai turun beberapa bulan ini. Harga makanan yang dijual oleh sesetengah peniaga di Malaysia tetap juga tidak berkurangan. Oh, itu hak mereka.

Sedangkan dulu,

Mereka menaikkan harga makanan atas alasan harga minyak naik. Bila harga minyak turun, belum ada peniaga yang bertindak menurunkan harga mereka.

Ada antara mereka yang menuding jari dan menyalahkan pembekal bahan mentah kerana mengenakan kos penghantaran pada kadar yang sama walaupun harga petrol telah turun.

Harap ada pihak yang memantau harga siling makanan yang dijual.

Nasi Campur - Kangkung

Teringat lagi, peristiwa beli nasi bungkus. Menu pilihan hanya ayam kari dan kangkung goreng belacan.

Kalau dekat tempat lain, rasanya boleh dapat dalam RM4 or RM4.50. Paling mahal Bro kena pun RM5 (sebab nasi tambah). Cuma dekat sini, Bro kena RM6.

Nak kata kedainya bagus,

Situ je la kedai melayu yang ada. Tiada la bersih sangat. Tapi minggu seterusnya dapat notis dari Majlis Pembandaran suruh dia tutup sebentar. Sebab premis terlalu kotor.

Dan Bro pernah keracunan makanan lepas makan dekat kedai ini. Bukan Bro sorang je.

Macam mana la kita nak bantu sesama Melayu ini kan. Sedangkan Melayu buat taik sesama sendiri sebab nak kejar keuntungan.

Bicara Bro : Minyak naik, orang start naik minyak. Harga minyak turun, orang tetap naik minyak.

Tertiba dapat mesej dari tuan rumah kata nak up harga sewa rumah tahun ini. Tidak lupa juga dengan pengasuh kanak-kanak dekat kawasan ini. Tak pasti sebab harga minyak or sebab GST.