March 29, 2024

Kebaikan Nutrisi untuk Perkembangan Bijak Si Manja

Dutch Lady Smart Step WorkshopSejauh mana anda mengetahui tentang kepentingan nutrisi pemakanan pada setiap tahap perkembangan anak anda?

Apa sebenarnya nutrisi pemakanan yang diperlukan oleh anak anda?

Mungkin anda sendiri tidak tahu.

Sekiranya anda adalah ibu bapa kepada anak yang berumur 1 hingga 6 tahun,

Bro ingin menjemput anda menyertai Bengkel Kebaikan Nutrisi untuk Perkembangan Bijak Si Manja.

Ianya akan berlangsung pada 24 januari 2015 ini di Auditorim, Connextion@Nexus.

Menurut SEANUTS atau Southeast Asian Nutrition Surveys, nutrisi memberi impak terhadap kepintaran atau IQ kanak-kanak.

Ketika kanak-kanak membesar, otak mereka juga akan berkembang dengan cepat.

Dengan perkembangan otak yang baik, sel-sel otak akan dapat berinteraksi dengan lebih cepat antara satu sama lain dan ini membantu dalam meningkatkan proses pembelajaran mereka.

Ketika mental kanak-kanak berkembang secara berperingkat,

Adalah penting untuk ibu bapa mengawasi pencapaian perkembangan minda serta membantu mereka membesar dengan lebih baik dan lebih bijak dengan menyediakan khasiat pemakanan yang sesuai pada setiap peringkat.

Bengkel Dutch Lady ini penuh dengan informasi serta menyeronokkan di mana para pakar berkongsi dengan anda agar lebih memahami perkembangan mental si manja anda.

Anda juga berpeluang untuk mempelajari cara untuk mengoptimumkan perkembangan mentalnya dengan gaya pemakanan yang sesuai.

Siapa Para Pakar Dutch Lady?

Panel Dutch Lady Smart Step Workshop

Disini Bro nak perkenalkan beberapa orang pakar yang akan berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam Bengkel Kebaikan Nutrisi untuk Perkembangan Bijak Si Manja nanti.

Mereka terdiri dari panel pakar dalam bidang Psikologi, Pemakanan dan Pediatrik.

  • Dr Alvin Ng – Associate Professor, Department of Psychology Faculty of Science & Technology, Sunway University.
  • Professor Dr. Poh Bee Koon – Head of Nutritional Sciences Programme, Faculty of Health Sciences, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Dr. Yong Junina Fadzil – Consultant Paediatrician

Woww…!!! Bukan calang-calang pakar yang hadir nanti.

Anda dan si manja (yang berumur 1 hingga 6 tahun sahaja) juga akan turut mempelajari teknik untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran melalui latihan SpeedSmart.

Detail mengenai bengkel ini.

Tajuk : Tahap Kebijaksanaan Si Manja: Kebaikan Nutrisi untuk Perkembangan Bijak Si Manja
Tarikh : 24 Januari 2015, Sabtu
Masa : 10.30am (Pendaftaran bermula dari 9.30am)
Tempat : Auditorium, Connexion@Nexus, Bangsar South

Bagaimana cara untuk sertainya?

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM30 untuk sebuah keluarga/pasangan.

Setiap keluarga yang menyertai akan menerima SATU kit Bengkel Tahap Kebijaksanaan Dutch Lady yang bernilai RM50!

Untuk pendaftaran anda boleh hubungi talian bebas tol 1800-22-1233 atau melalui email mail@bridgespr.com.my.

Bayaran boleh dibuat ke akaun bank penganjur bengkel melalui tunai atau perbankan atas talian

Bank: Maybank
Nama: Bridges PR & Events Sdn Bhd
Nombor Akaun: 5144-4012-1112

Daftar sekarang supaya anda tidak terlepas peluang keemasan ini dan berikan yang terbaik untuk perkembangan anak anda.

Insya’lah Bro juga bakal ada disana.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Kebaikan Nutrisi untuk Perkembangan Bijak Si Manja

  1. Ketika anak-anak membesarla, parent perlu strict soal pemakanan

    Makanan yang kite benarkan masuk dalam perut diorang akan tentukan kelakuan, perkembangan otak, kesihatan mereka.

    Kanak-kanak yang banyak sangat makan jajan, gule2 boleh jadi hiperaktif, kene alergik, ruam-ruam, prolonged usage can lead to cancer

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *