World Tour 1600 Pandas Malaysia Publika Solaris Dutamas
Ahad ini merupakan hari terakhir untuk anda bersama keluarga bergambar dengan kesemua 1600 Pandas yang comel ini di Publika, Solaris Dutamas pada 25 Jan 2015 sehingga pukul 2 petang.

Bermula pukul 3 petang, Pandas ini akan diambil oleh penjaga mereka yang baru.

Kesemua panda ini telah dijadikan anak angkat kepada mereka yang berkenan. Dalam tempoh 2 jam, ramai yang telah mendaftar untuk menjadi ibubapa angkat kepada kesemua 1600 Panda ini.

1600 Paper Mache Pandas MY Adoption

Bagaimanapun, mengikut info yang Bro terima petang tadi,

Masih terdapat 137 Pandas masih belum mempunyai ibubapa angkat yang baru. Ini kerana ada ibubapa yang belum membuat pembayaran walaupun tempoh pembayaran telah berakhir.

Oleh itu, bagi mereka yang berminat nak jadi ibubapa angkat kepada baki 137 Pandas ini, anda boleh mengambil mereka pada 25 Jan 2015 (Ahad) pukul 6 petang.

Jika anda berminat untuk menjadi ibubapa angkat kepada Pandas dari Kertas Mache, anda diminta mendaftarkan diri di kawasan pameran (Zon Informasi).

Bagaimanapun, pengambilan Pandas ini berdasarkan siapa cepat dia dapat.