I'm Robocop 2014

Please Prove You’re Not a Robot

Pada pengguna platform blogger.com yakni blogspot.com. Mungkin anda terperasan fungsi terbaru dari Captcha – Please Prove You’re Not a Robot dimana anda perlu membuktikan bahawa anda bukan Robot.

Bro tak beberapa pasti tahap keberkesanan penggunaan widget ini.

Tetapi dapat menghalang jumlah komen spam yang masuk ke blog mereka. Kalau tidak, mesti ada dengar sesetengah blogger yang duduk bising-bising bila banyak spam komen diterima.

Jika sebelum ini, Google menggunakan widget verification code (kod pengesahan) yang memerlukan anda menaip kod yang dipaparkan.

Cuma, ianya kenkadang nampak macam annoying bila dua tiga kali taip asik salah je. Paling parah bila mata kejab kecik kejab besar untuk pastikan huruf atau nombor apa yang dipaparkan.

Im not a robot

Disember 2014 yang lepas, Google telah mendedahkan cadangan terbaru mereka untuk menggantikan penggunaan Captcha.

Ia semakin mudah.

Dimana pengguna hanya perlu tandakan kotak yang bersebelahan dengan ungkapan, “I’m not a robot.”

Bagaimanapun sekiranya anda disyaki meninggalkan spam komen, anda dikehendaki mengisi verification code sama seperti yang terdahulu.

Dalam masa yang sama, Bro nak pesan kepada rakan-rakan blogger yang berblog menggunakan platfom blogspot. Pastikan blog anda mesra komen. Jangan hanya membenar pemilik akaun Google+ sahaja yang boleh komen.

Bicara Bro : Bagi pengguna WordPress, Bro menggunakan plugin FV Antispam. Walaupun ianya bukan plugin yang terbaik, tetapi banyak komen spam ditapis terus masuk ke Trash.

Tahukah anda blogspot boleh diubah menjadi miniblog untuk menjana pendapatan.