April 26, 2024

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Seminar Duit  Affiliate dengan Blog
Peluang keemasan bagi mereka yang ingin menjana pendapatan melalui blog menggunakan program affiliate.

Selain anda boleh belajar buat duit, anda juga berpeluang untuk temui pakar-pakar affiliate yang mampu menjana pendapatan dan jualan yang tinggi bagi setiap program affiliate yang beliau sertai.

Dalam Seminar Duit Affiliate dengan Blog, anda semua akan didedahkan dengan program-program Affiliate yang boleh disertai, bagaimana membina blog yang akan membolehkan anda mendapat jualan daripada program-program ini, teknik pemasaran blog melalui SEO dan banyak lagi.

Ianya akan diadakan di Dewan Sultan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam pada 13 Disember 2014 dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Antara panel-panel yang akan berkongsi rahsia dan strategi yang mereka gunakan selama ini adalah seperti berikut.

  • Dato’ Hussamuddin – Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf yang telah berjaya membina empayar dalam bidang penulisan dan percetakan.
  • Encik Titan – Telah menjana ribuan ringgit melalui program Affiliate yang diusahakan melalui rangkaian blog beliau
  • Prof Hariz – Mula menjejakkan kaki dalam dunia Affiliate pada tahun 2014, tetapi beliau telah menjana ribuan ringgit dalam tempoh yang singkat.
  • Suhaimy (Shuth) – Merupakan seorang Internet Marketer yang mempunyai pengalaman mendalam dalam industri penulisan, beliau mempunyai platform jualan ebook tersendiri iaitu klikjer.com
  • Zeo Unic – Tahun ini sahaja beliau telah menjana puluhan ribu ringgit dari salah satu program affiliate tempatan. Pakar dalam pemasaran Affiliate menggunakan blog dan SEO.
  • Eizil – Salah seorang tunggak utama dalam Team Denaihati Network, mempunyai pengalaman blogging lebih 10 tahun dan menggunakan blog untuk menjalankan pelbagai program pemasaran.

Daftar sekarang, dan anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berupa Apple iPhone 6.

Anda boleh mendaftar di http://denaihati.com/daftar/daftar-seminar-buat-duit-affiliate-dengan-blog.

********

Malam semalam, lepak dengan saudara Denaihati.

Kata-kata dia semalam sampai terbawa kedalam mimpi, siap ada rakan selebriti tanya Bro tentang aktiviti yang bakal beliau jalankan (Apa kes pula Bro mimpi rakan selebriti pula ini? Ada berkaitan dengan HyeBro! kot)

Mungkin tahun 2015, akan lebih ramai pihak mengenali produk Denaihati. Terbaik..!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

  1. saya harap ramai yang ambik peluang ini..bukan selalu ahli panel dapat berkumpul bersama..mereka antara orang yang sibuk dengan kerjaya masing-masing..

  2. Peluang untuk menambahkan pendapatan dengan menyertai program affiliates. Banyak juga berhabis dengan menyertai seminar, membeli ebook dan video tentang program affiliates untuk tahun ini. Duit blogging semuanya dilaburkan semula untuk ilmu. Internet Marketing. Pelaburan hari ini untuk keuntungan masa hadapan.

Leave a Reply to Syukri Tahir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *