March 29, 2024

Sedekad Tsunami 2004 Dalam Kenangan

Masjid Rahmatullah di Lhoknga
Diam tak diam siapa menyangka bencana Tsunami yang pernah melanda Aceh kini telah 10 tahun berlalu.

Tarikh 26 Disember 2004 menyimpan seribu satu perasaan duka dan hiba di bumi yang digelar Serambi Mekah itu tatkala diduga kuasa yang Maha Esa.

Namun siapa juga menyangka andai peristiwa hitam itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Masjid Rahmatullah di Lhoknga yang terselamat di tengah-tengah padang jarak padang terkukur. Dimana gambarnya menjadi tatapan dunia menggambarkan betapa hebatnya kekuasaan Allah swt.

Lebih 230,000 nyawa terkorban akibat tamparan Tsunami pada 26 Disember 2004. Bumi Aceh, dan Thailand antara yang terkesan teruk.
Sedekat Tsunami Majalah 3
10 tahun telah berlalu, wartawan Norzie Pak Wan Chek bersama penerbit Majalah 3, Mohd Said Abdullah Thani telah ke sana untuk membuat liputannya.

Manakala wartawan Abdullah Sidek Majin, ke Phuket Thailand bagi melihat kesan Tsunami.

Anda boleh menonton dokumentari istimewa ini di TV3,

Majalah 3 akan membawakan satu episod mengenai “Sedekad Tsunami” pada hari Isnin, 22 Disember 2014 jam 9.00 malam.

Episode istimewa kali ini, Majalah 3 bakal membawakan perkhabaran kehidupan baharu di dua negara ini, selepas 10 tahun tragedi hitam itu.

Pada 2004, ramai yang terkesan dengan laporan Norzie ketika dia melihat sendiri proses pengkebumian beramai-ramai dilakukan dalam satu lubang dilakukan dengan menggunakan jentolak tanpa melalui proses yang sempurna.

Norzie kali ini bersama penerbit Majalah 3, Nurul Fariha Onn, ke bumi Aceh dan melihat beberapa lokasi yang dikunjunginya 10 tahun lalu.

Mereka telah menemui insan yang mengkebumikan mayat-mayat mangsa yang terkorban akibat Tsunami dengan menggunakan jentolak pada 10 tahun lalu. Majalah 3 berkongsi pengalaman bersama Muhammad Kassim, berusia 63 tahun.

Dahulunya dia hanya membantu untuk menyempurnakan mayat terbiar ini agar dikebumikan. Namun apa yang dilakukan tidak berakhir di situ. Dia kini menjadi penjaga Masal Perkuburan Islam disini.

Anda boleh baca Sinopsis penuh Sedekad Tsunami – Majalah 3.

Apa-apa pun, jangan lupa untuk menyaksikan Majalah 3 – “Sedekad Tsunami” pada hari Isnin, 22 Disember 2014 jam 9.00 malam.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Sedekad Tsunami 2004 Dalam Kenangan

  1. Tak sangka dah hampir 10tahun.. rasa macam lagi peristiwa ni berlaku kan bro.. Ingat lagi masa berlaku tu, satu family deno berkumpul depan tv nak tahu berita.. plus terkejut kan… Allahu .. semoga negara kita dilindungi dari bencana2 alam ..

  2. 10 tahun..sungguh tak perasan tapi sedih sangat dan terkesan dalam hati. Banyak yang Allah beri dan banyak yang Dia dah mula tarik nikmatNya sedikit demi sedikit. Peringatan dari Allah tanda Dia masih sayang. Allahuakbar!

Leave a Reply to nurul ain zulkarnaind Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *