April 25, 2024

Misi Tawan Puncak Everest oleh Bekas Guru SMK Anderson, Ipoh

Misi Tawan Puncak Everest oleh Bekas Guru SMK Anderson, Ipoh
Perkembangan terbaru Bro terima, dimana 2 orang bekas guru SMK Anderson, Ipoh telah sampai ke Everest Base Camp pada 10 Disember 2014 pukul 11.45 pagi (waktu Malaysia) dalam misi menawan puncak tertinggi didunia.

Gunung Everest.

Buat masa kini, masih menunggu maklumat dan perkongsian terkini dari kedua-dua bekas guru SMK Anderson ini.

Misi Tawan Puncak Everest oleh Bekas Guru SMK Anderson, Ipoh

Misi ini disertai oleh 2 bekas guru SMK Anderson, Ipoh yakni Barchan Singh dan juga Mr Chuah (Naib Presiden TAC – The Andersonion’s Club) atau lebih dikenali sebagai Sir Alex Ferguson oleh pelajar atas kejayaan dia membawa pasukan Bola Sepak SMK Anderson ke peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

Tiba-tiba teringat zaman kegemilangan bola sepak SMK Anderson under 15 dan juga under 18 tahun.

Dimana kami buat rekod tanpa kalah dari daerah, negeri sampai ke peringkat kebangsaan tanpa balasan gol dari pihak lawan. Itu memang satu kenangan yang tidak dapat Bro lupakan (walaupun agak lawak)

Misi Tawan Puncak Everest oleh Bekas Guru SMK Anderson, Ipoh

Nampak kegembiraan terpapar diwajah mereka sewaktu tiba disana.

Bersama topi berlambangkan lencana sekolah SMK Anderson, Ipoh edisi istimewa 100 Tahun SMK Anderson (1909 -2009).

Yup, SMK Anderson sudah berusia lebih 100 tahun dan merupakan salah satu sekolah Premier di Malaysia. Banyak menghasilkan ahli politik, ahli perniagan, ahli sukan, selebriti dan etc (mungkin Blogger macam Bro he…23x)

Misi Tawan Puncak Everest oleh Bekas Guru SMK Anderson, Ipoh

Melakukan pemeriksaan kesihatan (Checking body fats) di Everest Base Camp sebelum meneruskan pendakian.

Selingan : Mr Chuah merupakan guru yang mengajar Matematik Tulen (Pure Math) sewaktu Bro berada di tingkatan 6 Rendah Sains 1 (6RS1) dan juga 6 Atas Sains 1 (6AS1).

Rakan-rakan kelas Bro memang suka buli cikgu ini dalam kelas.

Tetapi buli bersebab, bukan sesaja buli. Selalunya kami sekelas berpakat cari soalan matematik yang sukar untuk kami selesaikan untuk dia tunjukan jalan penyelesaian dalam kelas.

Lagipun kami selesa dengan cara dia mengajar.

Masuk kelas, dia suruh jawab soalan tertentu dari beberapa muka surat tertentu. waktu hujung-hujung kelas mana soalan yang kami tak dapat jawab, dia akan tunjukan jalan penyelesaian.

Jika ada rakan yang yang boleh selesaikan, dia akan mintak rakan tersebut tunjuk cara penyelesaian didepan.

Kerana dia juga ada beberapa rakan kelas tambah subjek dalam STPM – Matematik Tulen Tambahan.

Misi Tawan Puncak Everest oleh Bekas Guru SMK Anderson, Ipoh

Pemandangan puncak Everest dari Kala Pathar.

** Update : Post ini akan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut maklumat yang Bro terima. Maaf jika ada maklumat yang salah atau kurang tepat.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Misi Tawan Puncak Everest oleh Bekas Guru SMK Anderson, Ipoh

    1. Pengalaman berharga buat mereka… Bagaimana pula dengan kita? Tak kan nak duduk bawah tempurung sahaja?

      Jom kita plan buat sesuatu yang amat berharga buat kita, keluarga, agama dan juga negara

  1. Memang tabik. Bukan calang-calang cabaran untuk disahut terutama untuk menakluki gunung tertinggi didunia iaitu kemuncak gunung Everest. Semoga Allah memberikan perlindungan sepanjang ekspedisi tersebut.

Leave a Reply to Ezad Skytech Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *