April 25, 2024

Matahari Bangunlah, Indahkan Hari Ini

Baby Fisha Masjid Universiti Teknologi Petronas
Matahari bangunlah, Indahkan hari ini, Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami.

Dah beberapa hari, mood nak update blog, melayari laman sosial agak ke laut. Seminggu ini juga rasanya, situasi ini terjadi pada diri Bro. Mungkin ini penghujungnya?

Dua tiga menjak ini,

Bro lebih banyak habiskan masa dengan Baby Fisha. Dia pun dah berumue setahun sebulan sekarang ini.

Makin bijak, dan makin pandai ambil hati orang. Paling tak boleh blah dah pandai tampar muka daddy dia kalau dia kejutkan Bro, tetapi Bro tak bangun atau buat-buat tidur.

Blogilvy Nur Elfisha Bro Framestone

Setiap hari, pukul 6 pagi. Baby Fisha dah bangun dah kecuali kalau malam sebelumnya dia lambat tidur.

Dia bila bangun, dia akan kejutkan ummi dia, kejutkan daddy dia. Kadangkala panjang daddy dia terus tidur lena terlentang atas daddy dia. Kadangkala dia akan merengek manja macam orang tengah test vocal.

Mungkin Bro kenkadang tak sedar, pampers dia dah penuh.

Dia akan datang dekat Bro, sambil buat-buat aksi macam nak tarik pampers dia keatas bagi Bro nampak pampers dia dah terlondeh.

Pernah sekali masa dia tidur, dia panjat Bro. Tau2 je baju Bro dah basah, rupanya dah terbocor pampers dia. So tukarkan.

Dia dah pandai ambil pampers dia sendiri. Siap hulur pampers lagi dekat Bro suruh tukar. Oh itu tandanya dia baru lepas berak dan tak selesa dengan bau dia sendiri he…23x

Bro bukannya bapa yang baik sangat. Kadangkala buli juga Baby Fisha bila dia nak kita tukar pampers dia. Bro buat-buat tak tahu dan blah ke dapur ke, ke ruang tamu. Tapi Baby Fisja akan mengekor Bro sambil usung pampers baru dia.

He…23x

Diana Amer - Tahun Baru Cina MiG

Jika dulu, Baby Fisha kecil sahaja. Sekarang ini dah besar.

Jika dulu bawa ke mana-mana mudah sangat dia tertidur. Sekarang ini, sedaya upaya dia tahan bagi tak tertidur. Pernah juga nampak dia pukul-pukul kepala bagi tak tidur.

Jika dulu naik kereta, dia minum susu then tidur. Sekarang ini, naik kereta ke… wiper, lampu, radio jadi alat permainan dia. Bila kereta bergerak, mulalah dia karaoke dalam kereta sensorang.

Bila nampak daddy dia nyanyi pula, dengan penuh kusyuk dia akan usha je daddy dia he..23x sedap sangat ke suara daddy ini.

Bawa Baby Fisha Jogging di Taman

Setiap hari, pukul 8 pagi.

Baby Fisha dah tunggu depan pintu, nak ajak daddy dia berjalan-jalan dekat luar. Bagi keluar peluh sikit kata dia (memang berpeluh pun).

Bila pintu dibuka, dia akan cari kasut dia dulu dan cuba nak pakai sendiri (Memang tak terpakai la kalau tunggu dia pakai sendiri).

Lepas Bro pakaikan dia kasut, dia dah start berjalan then akan pegang tangan daddy dia. Sebab dia tahu, daddy dia susah nak bangun bila dah duduk macam tue. Bila daddy dia dah bangun, dia akan lepaskan tangan dan berjalan.

Dari halaman rumah (tempat parking kereta) dia terus berjalan ke arah jalan raya.

Kita sebagai bapa, kena tengok juga. Risau-risau ada kenderaan lalu. Kadangkala laju je dia berjalan. Tak tahu nak kejar apa.

Beberapa kali dia jatuh, tetapi dia boleh bangun sendiri.

Fisha Tidur

Satu je yang Bro perasan pasal perangai Fisha ini.

Memalam, kalau dia nak tidur. Mesti akan cari daddy dia.

Dia akan memanja dulu. Kadangkala Bro malas nak layan, sebab nak bagi dia betul-betul penat. Kemudian baru dodoikan dia tidur.

Bicara Bro : Kadangkala kita tak sedar, kebahagiaan dan air mata kita ada didepan mata kita.

Buat masa kini, Baby Fisha sumber kekuatan Bro. Sejak bulan 7, dia lebih banyak habiskan masa dengan Bro berbanding dengan ummi dia. Untuk permulaan tahun 2015 nanti, insya’lah satu penghijrahan besar dalam hidup Bro akan terjadi.

Nak prepare buat resume dan try cari kerja lain. Harap dengan pengalaman 10 tahun yang Bro ada (walaupun semuanya tiada kaitan) ada pintu rezeki baru terbuka untuk Bro.

Jom layan lagu Marc Anthony – Vivir Mi Vida

– Voy a reír, voy a bailar, Vivir mi vida lalalalá –
( I will laugh, I’ll dance, Live my life lalalalá )

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Matahari Bangunlah, Indahkan Hari Ini

  1. Comel Fisha… waktu2 indah mcm tu tak akan berulang lagi. Menjadi kenangan manis yg pasti tersemat dalam sanubari sbg seorang bapa. Bila terkenang balik ada kala boleh buat meleleh air mata..bukan sedih tapi sayu… Saat2 indah buat anak & bapa hehee

    Semoga tahun mendatang membawa beribu kebaikan & kejayaan buat Bro sekeluarga… aamiin.. :)

Leave a Reply to anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *