April 25, 2024

Lightning Cable Untuk iPhone / iPad Dah Arwah

Lightning Cable - Charge & Sync iPhone iPad iPod
Akhirnya, perkara yang paling Bro takuti terjadi juga.

Bila lightning cable untuk charge dan sync iPhone 5 dan iPad Mini yang selama ini telah berjasa selama lebih 2 tahun telah arwah / tidak boleh digunakan lagi.

Al-fatihah diucapkan he…23x

Banyak berbeza guna benda yang original dengan yang kurang ori.

Tetapi kenyataan, produk Apple makin premium makin kurang kualitinya. Sebab apa ek?

Sebab mereka nak bagi 3rd party company boleh jana pendapatan untuk hasilkan accessory yang berkualiti tinggi untuk produk mereka.

Ini diakui sendiri oleh pekerja kedai tempat Bro beli Lightning Cable yang baru. Dia sendiri terkejut bila tahu, Bro guna lebih 2 tahun Lightning Cable (pelik ek, tengok lelaki macam Bro ini. Nampak ganas/kasar tetapi sebenarnya amat berhati-hati dan pandai jaga barang he..23x)

Lightning Cable - Charge & Sync iPhone iPad iPod

RM79 dengan warranty 2 tahun dari kedai.

Mahal ke? Bagi Bro biasa-biasa je, jika ianya berbaloi untuk digunakan bagi tempoh masa yang lama.

Bro ada je beli lightning cable yang tak ori (kes tertinggal dekat ofis atau dekat rumah). Sekali beli dalam RM15-25 dan jangka hayat tak beberapa nak lama.

Paling kejab pun tak sampai 24 jam sebab jadi mangsa Baby Fisha.

Dari semalam sampai hari ini, masih tak jumpa lagi remote TV. Tempoh hari remote Astro dah sampai ke dapur dah pun. Selepas ini, apa pula ek :)

Lightning Cable - Charge & Sync iPhone iPad iPod

Dengan wayarnya yang berbalot macam ini, rasanya kalau Baby Fisha gigit pun tak rosak sangat.

Agak keras dan fancy pula he…23x (kuning warna kegemaranku)

Harap ianya boleh berjasa lebih dari 2 tahun. Baru nampak ianya amat berjasa. Paling penting, jangan la hilang. Tak mampu nak beli lagi sekali he…23x

Jika ingin mengiklan di blog BroFramestone, anda hanya perlu PM di Facebook Bro Framestone.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Lightning Cable Untuk iPhone / iPad Dah Arwah

  1. 75 tu kira standar ar tu, wlaupun gua tak guna iPhone/iPad, tapi adela follow sikit2…

    remote astro sampai ke dapur? tak jumpa remote tv? welcome to the “kelab ingatan makin teruk” gua dah lebih 5 tahun ade masalah camtu. So satu hari klu tak jumpa remote, jangan terperanjat klu ada dlm peti ais hehehehe

    1. Yup harga standard, tetapi tak ramai yang nak beli. Lebih ramai fokus beli yang tak ori, asalkan boleh pakai.

      Oh, kalau ada dalam peti ais tue memang ajaib la… Baby Fisha tak mampu nak buka pintu peti ais lagi he…23x

    1. Oh tang tue, tak dapat nak dipastikan la pulak.

      Rasanya cable itu berlambak kot dekat rumah Bro. bukan sebab beli handphone, tetapi sebab power bank dan benda-benda yang guna cable charger yg lebih kurang sama he…23x

  2. Jauh beza harga Ori dengan tak Ori.. Tapi kalau yang ori boleh tahan sampai 2 tahun, yang tak ori boleh bertahan cuma 6 bulan, lebih baik beli yang ori… Kalau nak dikira balik yang ori ebih menjimatkan.. ;)

  3. Ooo bagus gak ek..alah membeli menang memakai ek..
    Hrtu beli yg ala2 mcm getah tu mahal sikit, tapi tu le yg bertahan lama..utk samsung ada gak ke mcmni ?

Leave a Reply to Alongxp Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *