17,159,530 total views, 96 views today

Khir Khalid : Rakan Blogger Bandar Tasik Puteri, Rawang

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Iftar Bersama Blogger 2014 - Khir Khalid
Hampir 2 tahun Bro jadi warga Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Tak ramai yang Bro kenali sepanjang duduk disini, kecuali jiran tertangga, yang berniaga di pasar malam dan juga makcik jual nasi lemak.

Rakan Blogger : Khir Khalid

Tak sangka, ada rakan blogger juga yang tinggal disini.

Itupun perasan sebab dia up entry berkaitan Bandar Tasik Puteri Berjerebu yang dikongsikan dalam group blogger.

Waktu itu, baru tahu yang dia ini tinggal berdekatan dengan rumah lama Bro (Bro dulu duduk taman lain, tetapi pindah sebab dapat rumah yang lagi selesa dan selamat).

Iftar Bersama Blogger 2014

Kali pertama bersua dan berbual sewaktu Iftar Bersama Blogger 2014. Rasanya mungkin pernah bertembung beberapa kali, cuma tak bertegur sahaja.

Dekat Bandar Tasik Puteri pun tak pula bertembung dengan dia.

Dengan isteri dia adalah. Itupun bertembung di depan bank (hanya ada satu bank sahaja di Bandar Tasik Puteri, Rawang)

Apa yang menariknya tentang blog Khir Khalid?

Bagi Bro, blog beliau penuh dengan fakta dan informasi yang agak sukar diperolehi dari blog atau portal yang ada di Malaysia. Kebanyakan ditulis berdasarkan pengalaman beliau sebagai penceramah dan juga aktiviti yang beliau sertai.

Bukan senang nak merasai peluang yang beliau rasai. Kenkadang terbit juga rasa irihati kepada beliau. Mungkin Bro perlu keluar dari kepompong selesa sekarang, untuk mendekati dunia masyarakat yang kita tidak ketahui.

Apa-apa pun memang menarik blog beliau. Sebarang aktiviti di sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang juga ada diterbitkan didalam blog beliau. Untung warga Bandar Tasik Puteri, Rawang.

**** iklan di Bro Framestone *****

Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.

Top 10 Pengomen Tegar Blog Broframestone – Nov 2014

Sekarang dah masuk bulan Disember 2014. Maka tinggal sebulan sahaja lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2015. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi meninggalkan komen dan memeriahkan lagi Blog Bro ini.

Tidak lupa juga kepada Khir Khalid yang merupakan salah seorang pengomen tegar di blog ini :-

  1. Blogger Lelaki
  2. Aku Biomed
  3. Denahati
  4. Khir Khalid
  5. Fyna
  6. Anuar
  7. Sally Yatiey
  8. Kereta Sewa Shah Alam
  9. Suria Amanda
  10. Dayang Deno

Harap dipenghujung tahun 2015 ini dipermudahkan rezeki dan hijrah dalam diri Bro ini πŸ™‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 thoughts on “Khir Khalid : Rakan Blogger Bandar Tasik Puteri, Rawang

  1. Tak sangka blog saya terpilih sebagai salah seorang pengomen tegar blog ini…. Hmmm Menarik hadiah yang disediakan… Tapi sesuai untuk gigirl jer… Kalau lelaki lain pula hadiahnya… hehehe

    1. Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog bro ini πŸ™‚

      Sebab bro memang fokus untuk tarikh ramai wanita follow instagram Bro. Sebab mereka lagi banyak habiskan masa dengan instagram berbanding dengan lelaki.

  2. Hehee.. segan rasanya bila blogger disegani mcm Bro buat entri ni. Alhamdulillah… syukurlah dpt kenal & tahu yg kita tinggal di kejiranan yg sama. Inilah antara keistimewaan berblogging… dpt menjalin silaturrahim. Klu tak, berselisih pun belum tentu kenal…
    T kasih Bro.. amat saya hargai… eh.. kejap aku, gua, saya.. apalah gua nie…
    Ada kelapangan kita ngeteh eh Bro.. πŸ™‚ πŸ™‚

    1. Insya’lah.. Bro sendiri pun tak tahu bila ada kelapangan, tapi selalu je ada dekat rumah nie he…23x

    2. tahniah buat tuan KK..saya juga teringin nak ngeteh dengan bro KK suatu hari nanti..boleh sembang pasal motivasi

  3. hu3..salah seorang blogger hebat juga nie

  4. Beruntunglah bro sudah ada geng blogger di Rawang. πŸ™‚

    1. Aku Biomed pun bukannya jauh sangat pun kita nie kan he..23x

  5. Kenai dkt internet, upenya jiran sobolah rumah jo hehe. Dua2 terbaik

  6. Wah! 2 blogger hebat ni kalau bergabung… Pasti meletop!

  7. terbaik geng2 blogger nih…
    dapat kumpul,share pengalaman mesti beshhh.

  8. Untung bro boleh kerap ngopi dgn kkhalid…heee. blog beliau memang banyak info bagus-bagus.

    1. Ngopi? Tunggu ada projek baik dengan dia nanti he..23x

  9. wah,.,.template blog baru la..hehehe

  10. bro khir khalid memang banyak info yang menarik.. terutama pasal penjara.. hehe…..

    1. Itu la… Banyak pasal penjara je… Tapi menarik dan uniq juga jika dibandingkan dengan blog-blog lain πŸ™‚

  11. Nak join contest tu juga, mana tau bolhe dapat patung cute tu πŸ™‚

    1. Jemput la join.. Cukup je 2,300 follower dah boleh umumkan pemenang

  12. sobs..
    sha tak berapa tegar lagi ye?? hahahhaa
    tahniah semua πŸ™‚

  13. Deno suka blog Mr KK .. mmg banyak ilmu dapat .. untung la bro dapat jumpa Mr KK πŸ™‚

    1. Nama je duduk setaman, tapi tak pernah jumpa dekat sini… Kalau ada event je baru dapat jumpa πŸ™‚

  14. saya ada masa-masa je saya tetiba jadi pengomen tegar…heee

Leave a Comment